• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV EV Premium Saiz Sederhana Zeekr 7X 2025 Lancar, 0-100kmj Sepantas 3.8 Saat!

SUV EV Premium Saiz Sederhana Zeekr 7X 2025 Lancar, 0-100kmj Sepantas 3.8 Saat!

September 11, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


ZEEKR sudah mengumumkan penawaran kenderaan di pasaran tempatan. Selain China, produk Zeekr juga giat dipasarkan di Eropah dan boleh dilihat melalui gaya antarabangsa yang dibawa.

Satu lagi, Zeekr bukan jenama biasa-biasa kerana diletakkan sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) mewah. Ini boleh dilihat menerusi kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah Zeekr 009 yang dijenamakan semula sebagai Volvo EM90.

Sejak ditubuhkan pada 2021, Zeekr mengisi pelbagai segmen melalui 001 (shooting brake/wagon), 007 (sedan), 009 (MPV besar), X (SUV subkompak) dan Mix (MPV). Daripada model tersebut, X sudah ditayangkan eksklusif di Kuala Lumpur, manakala 009 ditemui di atas jalan raya.

Satu lagi produk baharu ialah Zeekr 7X dalam segmen SUV saiz sederhana dan penghantaran di China dijadual pada penghujung September ini. Zeekr juga mengesahkan penghantaran di peringkat antarabangsa bakal menyusul dalam tempoh setahun.

Ciri-ciri Zeekr 7X Pasaran China

  • Memiliki dimensi panjang 4,825mm, lebar 1,930mm dan tinggi 1,656mm, manakala jarak roda 2,925mm.
  • Dibina berasaskan platform Arkitektur Pengalaman Mampan (Sustainable Experience Architecture, SEA).
  • Ada lima kerusi dengan 32 ruang simpanan.
  • Kapasiti ruang but 616 liter.
  • Arkitektur 800V.
  • Ada dua jenis bateri, 75kWj LFP, dengan jarak pemanduan 605km (CLTC).
  • Bateri 100kWj NMC dengan jarak pemanduan 780km (CLTC).
  • Ada dua motor pacuan semua roda (AWD) dan empat motor (AWD).
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.8 saat (AWD).
  • Pengecasan pantas 10 - 80 peratus mengambil masa 10.5 minit (bateri LFP).

Sebagai SUV premium, Zeekr 7X dijual pada harga 229,900 yuan (RM140,683), 249,900 yuan (RM152,912) dan 269,900.00 yuan (RM165,160). Selepas X dan 009, adakah giliran 7X ke pasaran tempatan selepas ini?

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Zeekr, Zeekr 7X

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my