• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely EX5 (Geely E5) Debut Peringkat Antarabangsa, Bakal Masuk Australia, Thailand dan Indonesia!

Geely EX5 (Geely E5) Debut Peringkat Antarabangsa, Bakal Masuk Australia, Thailand dan Indonesia!

September 11, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS Geely Galaxy E5 dilancar di China pada Ogos 2024 lalu, Geely membawa model itu dengan nama EX5 ke pameran permotoran Automechanika Frankfurt 2024 untuk diperkenal secara rasmi di peringkat antarabangsa.

Ini perkembangan menarik selain menunjukkan strategi antarabangsa Geely. Di pasaran Eropah, Geely terlebih dahulu diwakili Lynk & Co, Zeekr dan Polestar, serta beberapa jenama lain seperti Volvo, smart dan Lotus.

Geely sebelum ini menumpukan pasaran Timur Tengah dan pasaran lain seperti Filipina, Kazakhstan, Mexico, Panama dan beberapa negara lagi dengan pemanduan sebelah kiri (LHD).

Walaupun Geely sudah mempunyai beberapa model kenderaan elektrik (EV), termasuk subjenama di China, EX5 ialah model antarabangsa yang dibangunkan sejak awal untuk pemanduan kanan (RHD) dan LHD.

Geely Galaxy E8
Geely Xingyuan

Jadi tidak hairan apabila Proton memaklumkan e.Mas 7 dibangunkan bersama Galaxy E5. Malah, Geely turut membawa dua lagi EV ke Frankfurt, iaitu sedan E8 dan kereta urban Xingyuan. Mungkinkah dua model itu bakal menjadi EV baharu Proton?

Dari segi rekabentuk, Geely EX5 mengambil jalan selamat tanpa rekabentuk agresif dan menonjol seperti kereta China lain. EX5 adalah hasil rekaan dari pusat rekabentuk Geely di China dan Eropah.

Prestasi aerodinamik EX5 ditunjukkan menerusi pekali seretan (Cd) 0.269. Geely juga memaklumkan EX5 mematuhi keperluan regulasi di 89 negara.

Geely EX5 berada dalam saiz BYD Atto 3 dan Tesla Model Y. Bagi operasi multimedia, EX5 menggunakan sistem FLYME Auto yang dibangunkan bersama syarikat telefon pintar Meizu dan dilengkapi sistem audio FLYME Sound.

Satu lagi menarik adalah penggunaan bateri bilah pendek (short blade) LFP baharu dengan ciri keselamatan dan ketahanan yang baik.

Ciri Geely Galaxy E5 Pasaran China

  • Dimensi panjang 4,615mm x lebar 1,901mm x tinggi 1,670mm, dan jarak roda 2,750 mm
  • Bateri bilah pendek litium-besi-fosfat (LFP) Aegis
  • Ada dua jenis bateri, 49.52kWj dan 60.22kWj
  • Jarak pemanduan 440km dan 530km
  • Kuasa 160kW (214hp) dan tork 320Nm
  • Harga 112,800 yuan (RM68,630) hingga 148,000 yuan (RM90,050)

Ada lagi perkhabaran dikongsi, iaitu EX5 akan dilancar dalam masa terdekat di Norway, Australia, Thailand, Indonesia dan beberapa lagi pasaran.

Pengesahan itu juga turut membuka persoalan mengenai strategi Proton dan Geely di peringkat antarabangsa kerana sebelum ini masing-masing menumpukan pasaran pemanduan RHD dan LHD.

Indonesia, Thailand dan Australia sebagai contoh pernah dimasuki Proton dan sejak era X70 hanya memasuki pasaran Brunei. Di sebalik ketidakhadiran itu, Proton berada di benua Afrika dan turut menawarkan produk di Bangladesh dan Pakistan.

Geely dan Proton juga sama-sama menjual produk di Mesir yang dibezakan jumlah model ditawarkan. Persaingan sesama ahli kumpulan bukan isu dan sudah dibuktikan berjaya seperti ditunjukkan Volkswagen Group dan Hyundai - Kia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Geely, Geely E5, Geely E8, Geely EX5, Geely Xingyuan, Proton e.MAS 7

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev