• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2024: Faktor Cuaca Bantu Marquez Jadi Juara GP San Marino

#MotoGP2024: Faktor Cuaca Bantu Marquez Jadi Juara GP San Marino

September 10, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SIAPA sangka hujan yang turun pada pertengahan perlumbaan membantu juara dunia MotoGP, Marc Marquez mencipta kemenangan kedua di Grand Prix (GP) San Marino, pada Ahad lalu.

Selepas berjaya memecahkan sumpahan 1043 hari tanpa kemenangan, Marquez kini berjaya meraih kemenangan kedua beturut-turut dalam tempoh tujuh hari walaupun memulakan perlumbaan pada petak ke sembilan.

Pada pusingan awal, pelumba sensasi Pramac, Jorge Martin kelihatan mendominasi perlumbaan tersebut dan seakan-akan mampu bergelar juara GP San Marino.

Bagaimanapun, dia tersilap langkah apabila memasuki pit terlalu awal untuk menukar motosikal ketika hujan mula turun.

Sejurus itu, Marquez yang berada di kedudukan ketiga mengambil peluang itu sebaiknya dan sekaligus berjaya memintas pelumba paling hadapan, Francesco Bagnaia (Ducati).

Marc Marquez berkata;

Apabila hujan mula turun sedikit, ketika itu saya memutuskan untuk mengambil lebih banyak risiko. Dalam satu pusingan, saya memintas lima pelumba dan dapat memimpin perlumbaan."

“Saya juga mengikut pelumba tempatan (Bagnaia) di sini kerana mereka lebih tahu daripada saya mengenai keadaan cuaca di litar ini, jadi saya tidak masuk ke pit untuk menukar jentera.”

Martin turut mengakui kesilapan tersebut kerana membuat keputusan tanpa perbincangan pasukan sehingga dia terpaksa menamatkan perlawanan di kedudukan ke-15.

Berikut kedudukan tiga teratas dalam carta MotoGP 2024:

  1. Jorge Martin (Prima Pracmac Racing): 312 mata
  2. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team): 305 mata
  3. Marc Marquez (Gresini Racing MotoGP): 259 mata

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2024 GP San Marino, Auto Terkini, Marc Marquez, MotoGP 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev