• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Abang Bas' Menangis Kena Dakwa Amang Seksual Kanak-Kanak

'Abang Bas' Menangis Kena Dakwa Amang Seksual Kanak-Kanak

September 10, 2024 By Syafie Leave a Comment

17
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemandu bas sekolah yang tular di media sosial berkenaan video 'crush' dengan seorang budak perempuan, menangis selepas didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak di Mahkamah Seksyen, pada pagi tadi.

Abang bas dah kena reman 5 hari.

Yang dok komen benda benda tak senonoh kat video tu.. watch out.

Kami akan go thru 1 by 1 ‼️
Tak goyang? Tak cuak?

Good and Gudlak 😎 pic.twitter.com/ELYE6W0hZ3

— JOKER🔺️ (@tjerealjoker) September 6, 2024

Bagaimanapun, pemandu bas berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga merupakan anak saudaranya sekitar jam 5 hingga 6 petang di dalam bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang pada April sehingga September 2024.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang kali bagi maksud seksual pada masa, tempat, dan alamat yang sama, pada bulan ini.

Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 12(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun serta sebatan bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan kedua pula boleh didakwa di bawah Seksyen 15(a)(iii) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Abdul Ghafar Ab Latif yang mengendalikan pendakwaan ini mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan syarat tambahan yang meminta tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

Namun, Peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai gaji tetap kerana hanya bekerja sebagai pemandu bas.

Sejurus itu, Sayani membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan bersetuju dengan syarat tambahan daripada pihak pendakwaan.

Beliau juga menetapkan 10 Oktober untuk sebutan sebulan kes dan serahan dokuman.

SUMBER: Kosmo

Related

17
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abang Bas, Auto Terkini, Pemandu Bas Sekolah, video tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev