• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Lancar Set Plat Khas EV JPJePlate, Harga RM98

JPJ Lancar Set Plat Khas EV JPJePlate, Harga RM98

September 9, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan set plat khas untuk kenderaan elektrik (EV), JPJePlate pada harga RM98, terdiri daripada plat depan, plat belakang, dan pelekat cermin RFID, termasuk penghantaran standard.

Pelancaran JPJePlate ini juga selari matlamat dan misi Kerajaan mencapai emisi karbon bersih menjelang 2050. Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook berkata;

Sasaran ini bukan sekadar komitmen negara di peringkat antarabangsa, tetapi juga tanggungjawab untuk menangani krisis perubahan iklim dan menjaga bumi kita untuk generasi akan datang."

Di Malaysia, penggunaan EV menunjukkan peningkatan mendadak iaitu 12,850 unit didaftarkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 5,131 unit yang didaftar pada tempoh sama tahun lalu.

Perkembangan ini turut mempengaruhi Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk JPJePlate bagi menggalakkan penggunaan EV di seluruh negara.

Tambahan lagi, inisiatif ini turut membantu memperluas pendigitalan, meningkatkan keselamatan jalan raya, dan mengwujudkan evolusi baharu dalam sistem identifikasi kenderaan (VIS).

Berikut ciri menarik terdapat pada JPJePlate:

  • Retro-reflektif bagi meningkatkan lagi tahap kejelasan.
  • Dilengkapi ciri anti-klon untuk mengurangkan kecurian dan penipuan.
  • Menggunakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) menerusi RFID.

JPJePlate tidak sah digunakan untuk kenderaan bukan EV, termasuk kenderaan hibrid dan juga tidak wajib digunakan kepada EV sedia ada. Bagaimanapun, pemilik yang berminat boleh membuat tempahan bermula November ini.

Semua pengeluar dan pengedar kenderaan boleh menempah JPJePlate bagi pihak pelanggan yang sudah membeli EV baharu menerusi laman web jpjeplate.jpj.gov.my.

pelancaran-jpjeplate-16
pelancaran-jpjeplate-15
pelancaran-jpjeplate-14
pelancaran-jpjeplate-13
pelancaran-jpjeplate-12
pelancaran-jpjeplate-20
pelancaran-jpjeplate-10
pelancaran-jpjeplate-11
pelancaran-jpjeplate-9
pelancaran-jpjeplate-5
pelancaran-jpjeplate-8
pelancaran-jpjeplate-7
pelancaran-jpjeplate-6
pelancaran-jpjeplate-4
pelancaran-jpjeplate-3
pelancaran-jpjeplate-18
pelancaran-jpjeplate-19
pelancaran-jpjeplate-17
pelancaran-jpjeplate-2
pelancaran-jpjeplate-1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJePlate, Kementerian Pengangkutan (MOT), Kenderaan Elektrik (EV), nombor plat EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev