• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / DNB, Ericsson dan eMooVit Pertingkat Pengalaman Bas EV Autonomi dengan 5G!

DNB, Ericsson dan eMooVit Pertingkat Pengalaman Bas EV Autonomi dengan 5G!

September 9, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PENYEDIA rangkaian 5G nasional, Digital Nasional Berhad (DNB), gergasi teknologi Ericsson dan pembangun solusi kenderaan automotif tempatan, eMooVit Technology Sdn Bhd hari ini mengadakan demonstrasi kes penggunaan teknologi 5G untuk meningkatkan pengalaman dan keselamatan bas elektrik autonomi yang sudah diuji untuk pelaksanaan.

Kolaborasi menerusi perjanjian persefahaman (MoU) antara tiga rakan kongsi sejak Mei 2024 itu melibatkan ujian konsep bukti (PoC) kes penggunaan 5G seperti konektiviti WiFi awam dalam kenderaan, pemantauan kenderaan kawalan jauh secara masa nyata dan koleksi log perjalanan.

Apabila dikomersialkan nanti, teknologi itu, yang terdiri daripada kamera litar tertutup (CCTV) dalam kenderaan dan pemantauan data telemetri masa nyata akan menjadikan pemanduan bas autonomi lebih selamat dan reliabel kepada penumpang, sekali gus menambaah baik kecekapan kos buat operator bas.

Kes penggunaan masa depan itu sudah diuji termasuk aspek integrasi bas autonomi dengan infrastruktur bandar pintar, pemanduan kawalan 5G sekiranya berlaku situasi kecemasan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook turut meluangkan masa menaiki bas autonomi eMooVit 5G itu  bersama barisan pengurusan DNB, Ericsson dan eMooVit, seray rakan media mengelilingi sekitar ibu pejabar eMooVit di Cyberjaya.

Gobind berkata, kes kepenggunaan yang sudah diuji adalah contoh bagaimana transformasi digital mampu menambah baik perkhidmatan awam.

Integrasi aplikasi 5G dalam kenderaan awam autonomi seperti demostrasi hari ini akan melonjakkan pengalaman menyeluruh buat pengguna untuk rasa lebih selamat dan kekal terhubung.

"Ini seiring usaha Kerajaan mentransformasi Malaysia ke aras negara digital yang mana teknolofi seperti 5G mampu memberikan penambahbaikan signifikan kepada perkhidmatan awam, perniagaan, dan komuniti."

Menurutnya lagi, rangkaian 5G diperkenalkan DNB sudah diiktiraf global sebagai antara terbaik dunia dari segi kelajuan dan reliabiliti. Dengan usaha berterusan untuk mempercepat penggunaan 5G dalam kalangan pengusahan syarikat, kami harap pemain industri pengangkutan menerima teknologi digital untuk membawa perniagaan mereta ke tahap seterusnya.

bas-ev-autonomi-5g-6
bas-ev-autonomi-5g-15
bas-ev-autonomi-5g-2
bas-ev-autonomi-5g-8

Mengulas mengenai bagaimana aplikasi 5G dapat melonjak  pengangkutan awam Malaysia, Loke berkata;

Pengangkutan autonomi daripada menambah baik aliran trafik hingga mengoptimum laluan yang membawa kepada lalu lintas lancar, lebih efisien untuk infratrukstu jalan raya dan mengurangkan kesilapan manusia.

"Kenderaan autonomi juga berpotensi untuk lebih cekap tenaga dan mesra alam, terutama jika kenderaan elektrik digunakan, ia mengurang emisi gas rumah hijau dan pencemaran udara di kawasan bandar.

"Kementerian Pengangkutan menggalakkan pembangunan dan penggunaan kenderaan generasi baharu (NxGV) di Malaysia, dan mengalu-alukan inisiatif untuk ujian kes penggunaan 5G pada bas autonomi."

bas-ev-autonomi-5g-1
bas-ev-autonomi-5g-2
bas-ev-autonomi-5g-3
bas-ev-autonomi-5g-4
bas-ev-autonomi-5g-5
bas-ev-autonomi-5g-6
bas-ev-autonomi-5g-7
bas-ev-autonomi-5g-8
bas-ev-autonomi-5g-9
bas-ev-autonomi-5g-10
bas-ev-autonomi-5g-11
bas-ev-autonomi-5g-12
bas-ev-autonomi-5g-13
bas-ev-autonomi-5g-14
bas-ev-autonomi-5g-15
bas-ev-autonomi-5g-16
bas-ev-autonomi-5g-17
bas-ev-autonomi-5g-18
bas-ev-autonomi-5g-19
bas-ev-autonomi-5g-20
bas-ev-autonomi-5g-21
bas-ev-autonomi-5g-22
bas-ev-autonomi-5g-23
bas-ev-autonomi-5g-24
bas-ev-autonomi-5g-25
bas-ev-autonomi-5g-26

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Bas Autonomi, Bas Autonomi 5G, Digital Nasional Berhad (DNB), eMooVit Technology Sdn Bhd, Ericsson, Gobind Singh Deo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev