• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Michelin, KTM Jalin Kerjasama Pacu Sukan Permotoran di Asia Tenggara

Michelin, KTM Jalin Kerjasama Pacu Sukan Permotoran di Asia Tenggara

September 5, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MICHELIN Malaysia dan KTM Asia secara rasmi mengumumkan kerjasama mereka bagi memacu sukan permotoran dengan mencabar batasan prestasi, inovasi, dan daya tahan di Asia Tenggara.

Kedua-dua jenama ini akan membuktikan usaha mereka dalam acara Rimba Raid 2024 yang merupakan satu perlumbaan kembara motosikal terbesar di dunia dan bakal berlangsung pada 25 hingga 29 September di Lembah Lenggong, Perak.

Tahun ini, Rimba Raid bakal mempamerkan integrasi yang sempurna di antara tayar bertaraf dunia Michelin Enduro Medium dan motosikal berprestasi tinggi KTM 890 Adventure R dengan membawa slogan "Ready To Race".

Kolaborasi ini turut dikendalikan pasukan hebat yang dianggotai lima pelumba elit dari Singapura, Malaysia, dan Korea Selatan.


Tayar Michelin ini mempunyai blok bunga tayar berekaan rumit untuk menjamin cengkaman dan kestabilan di atas landasan mencabar, manakala motosikal KTM pula tampil dengan rekabentuk asal serta membawa penambahbaikan KTM Powerparts secara terus daripada katalog rasmi.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Prichapakorm Dangrojana berkata;

Di Michelin, tayar kami melambangkan prestasi dan daya tahan tinggi yang dikehendaki bagi mengharungi landasan-landasan yang paling mencabar.

"Menerusi usaha sama dengan KTM Asia, kita bukan sahaja menaik taraf pengalaman perlumbaan tetapi juga memacu keecerlangan sukan permotoran ke depan, sejajar dengan inisiatif #WeRaceForChange kita, yang memberi fokus kepada kemampanan, diversiti, dan inovasi dalam sukan permotoran."

"Melalui usaha sama ini juga, kita bukan sahaja mencabar batasan prestasi tapi turut bantu mencorak alaf baharu yang lebih mampan dan terangkum bagi sukan perlumbaan."

Pengurus KTM Asia, Enrico Remigio turut berkata;

KTM Teruja untuk berkolaborasi dengan rakan pengeluar tayar yang benar-benar memahami tuntutan ekstrem dalam temasya perlumbaan yang penting seperti ini."

"Usaha sama ini membuktikan dedikasi yang dikongsi bersama terhadap kecemerlangan sukan permotoran, dan kami teruja untuk melihat kolaborasi ini berdepan ujian yang terhebat di Rimba Raid Lenggong 2024."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kolaborasi, KTM 890 Adventure R, KTM Asia, Lenggong, Michelin Enduro Medium, Michelin Malaysia, Rimba Raid 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev