• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KSN Buat Lawatan Mengejut ke Kaunter JPJ, Lihat Sendiri Masalah Pengguna

KSN Buat Lawatan Mengejut ke Kaunter JPJ, Lihat Sendiri Masalah Pengguna

September 4, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KETUA Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar melakukan lawatan mengejut ke premis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat sendiri operasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.

Kunjungan dibuat susulan pengumuman penambahan waktu operasi kaunter selama satu jam sejak 19 Ogos lalu di beberapa negeri terpilih serta pengumuman kenaikan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Beliau menyatakan:

Saya secara peribadi rakamkan ucapan terima kasih kepada petugas-petugas dan anggota JPJ yang telah bertungkus-lumus memberikan khidmat yang baik kepada pelanggan.

Walaubagaimanapun, saya percaya terdapat ruang untuk penambahbaikan hasil pemantauan saya sebentar tadi antaranya memastikan isu-isu yang melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi antaranya:

  1. Proses kerja (masa menunggu) yang agak lama. Justeru, saya telah mengarahkan KSU MOT dan KP JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu.
  2. Ruang menunggu perlu ditambahbaik bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan (terdapat kerosakan kerusi dan juga tiada kipas). Saya telah mengarahkan Putrajaya Holdings untuk mengambil tindakan segera dalam minggu ini.

Beliau juga menyatakan harapan agar jabatan lain turut komited memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Putrajaya Holdings, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev