• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua Motosikal Baharu 150cc ke Atas Wajib Ada ABS Mula 1 Januari 2025

Semua Motosikal Baharu 150cc ke Atas Wajib Ada ABS Mula 1 Januari 2025

September 2, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMUA motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas wajib dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bermula 1 Januari 2025.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan beliau ketika perasmian Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata;

Mengapa? Sebabnya… menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ABS boleh mengurangkan kadar kematian dalam kalangan pengguna motosikal pada kadar 31 peratus .

"Saya yakin inisiatif ini boleh mengurangkan kematian akibat nahas jalan raya di Malaysia. Dan mendorong negara-negara Asean lain mengikuti langkah atau pendekatan sama. Menjadikan motosikal lebih selamat di kawasan serantau."

Ahmad Zahid juga mendedahkan 65 peratus daripada 6,443 kematian jalan raya tahun lalu membabitkan penunggang motosikal.

Usaha menjadikan sistem ABS sebagai komponen teknologi standard untuk motosikal kapasiti 150cc sebenarnya sudah bermula kira-kira dua tahun lalu dan pernah dinyatakan mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Malah inisiatif mewajibkan pemasangan ABS itu dikatakan tercetus dari Ka Siong dengan menerima sokongan dan pujian Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keselamatan Jalan Raya, Jean Todt (pada masa itu).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev