• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Hilux Rempuh Axia Sampai Meletup dekat KKIA, Dua Beradik Rentung

Video Hilux Rempuh Axia Sampai Meletup dekat KKIA, Dua Beradik Rentung

September 2, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


TULAR di media sosial kemalangan ngeri melibatkan tiga kenderaan di kawasan lampu isyarat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat lalu.

Insiden tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 18 saat dan dikongsikan menerusi platform X @update11111 yang memaparkan Perodua Axia di lorong kanan dirempuh sebuah trak pikap dari belakang sebelum terbabas dan meletup berdekatan kawasan jejantas.

Kota Kinabalu: Dua individu rentung dalam kebakaran kereta selepas terbabit kemalangan tiga kenderaan di Jalan Kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini.
30/08/2024 pic.twitter.com/GRgBYLetUN

— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) August 31, 2024

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.15 pagi yang melibatkan trak pikap Toyota Hilux, Perodua Axia, dan Perodua Viva.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu memandu dari arah Tanjung Aru menuju ke arah Putatan, Sabah."

"Sebaik tiba di tempat kejadian, di lorong kanan Toyota Hilux melanggar bahagian Perodua Axia yang dinaiki dua wanita hingga menyebabkan kereta itu berpusing masuk ke lorong tengah lalu melanggar bahagian tepi kanan sebuah lagi kereta jenis Perodua Viva."

Dua mangsa dalam Axia disahkan sebagai dua beradik, iaitu Dayang Nurshamirah Dulamit dan Dayang Nurshatirah Dulamit yang berusia 20-an. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu Viva berusia 34 tahun dan pemandu Hilux berusia 22 tahun hanya mengalami cedera ringan. Sumber media sosial mendakwa pemandu Hilux dipercayai memandu dalam keadaan mabuk atau bawah pengaruh dadah. Bagaimanapun, polis masih mnenyiasat punca kejadian.

Kes disiasat bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: Majoriti

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CCTV Tular, kemalangan jalan raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Perodua Axia, Perodua Viva, Toyota Hilux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my