• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Tular Foto SUV Mewah Baharu Ala Range Rover, Chery Fulwin T11

#Spyshot: Tular Foto SUV Mewah Baharu Ala Range Rover, Chery Fulwin T11

September 2, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TULAR beberapa foto mendedahkan luaran varian perdana kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu Chery Fulwin T11 yang dikatakan bakal debut di acara permotoran Pameran Auto Chengdu di China tidak lama lagi.

Menurut laporan media, Chery Fulwin T11 itu mengetengahkan warna badan dwi-tona yang sarat dengan kemasan krom dan digelar beberapa peminat automotif sebagai Range Rover versi bajet.

CarScoops melaporkan bayangan SUV jenama Britain itu pada Fulwin T11 dapat dilihat pada lampu utama LED dan lampu siang (DRL) yang didakwa mirip Range Rover Sport.

Bagaimanapun, pujian tetap diberikan kepada Chery kerana kekemasan kerja menerusi penampilan rupa Fulwin T11 yang lebih unik. Ini dibantu penampilan gril saiz besar dengan jalur vertikal perak.

Aspek penyejukan datang dari ruang bukaan pada gril bawah yang diwarnakan hitam kilat. Pandangan sisi memberi beberapa bayangan seakan Range Rover dan Mercedes-Maybach GLS.

Bagaimanapun, model ini memberikan daya tarik tersendiri menerusi penggunaan rim aloi multi-jejari dan atas badan dicat perak, manakala bahagian bawah badan dalam warna biru. Kemasan krom juga dikenakan pada frem cermin pintu.

Portal Car News China melaporkan, Fulwin T11 akan diperkenalkan ke pasaran dalam trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) dengan enjin petrol 1.5L turbo berkuasa 154hp dan tork 220Nm.

Ada dua motor elektrik dipasang pada gandar depan dan belakang serta satu pek bateri yang belum didedahkan kapasiti kuasa. Kombinasi trenkuasa hibrid itu menawarkan jarak pemanduan hingga 1,400km, manakala pemanduan berasaskan kuasa elektrik penuh mampu dibuat sejauh 200km.

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Autoglobal, Chengdu Auto Show, Chery, Chery Fulwin T11, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev