• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Teknologi Nissan e-POWER Siap Sedia Cabar Pasaran EV Malaysia

Teknologi Nissan e-POWER Siap Sedia Cabar Pasaran EV Malaysia

August 28, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


BAGI mencapai neutraliti karbon dalam jangka masa panjang, Nissan memulakan pembangunan teknikal secara berperingkat sejak 2005 menerusi pelancaran kenderaan elektrik bateri (BEV), iaitu kenderaan pacuan motor elektrik yang dikuasakan sumber tenaga seperti hidrogen, e-bio, dan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Pelancaran BEV pertama dunia, Nissan LEAF elektrik penuh turut menawarkan teknologi e-POWER baharu yang dipacu motor elektrik sebagai antara teras strategi elektrifikasi.

Sebagai pesaing baharu dalam pasaran hibrid yang sesak di Jepun pada pertengahan 2010-an, e-POWER menjanjikan kecekapan bahan api unggul dan ciri pemanduan sama seperti EV.

Pada 2016, Nissan berjaya membuktikan kemajuan teknologi menerusi pelancaran Nissan Note e-POWER yang menduduki tempat pertama dalam pasaran domestik Jepun. Berikut kelebihan teknologi e-POWER:

Memanfaatkan 'EV-ness' dalam e-POWER

  • Tidak seperti hibrid sebaris biasa yang didominasi petrol dengan bantuan elektrik terhad, sebaliknya roda kenderaan e-POWER dipacu motor elektrik 100 peratus.
  • Menggunakan enjin pembakaran untuk menggerakkan generator yang mengecas pek bateri litium-ion.
  • Jurutera Nissan mengadaptasi komponen utama pada model elektrik (EV) LEAF seperti inverter (komponen utama dalam EV) dan sistem kawalan termaju untuk memperkuat pacuan elektrik bagi menghasilkan respons tork segera, kesenyapan dan prestasi lancar pada e-POWER.
  • Enjin dihidupkan berperingkat apabila bunyi ambien tinggi.

Operasi dan Penyepaduan Sistem Pintar

  • Membekalkan kuasa secara terus kepada motor sambil mengecas bateri.
  • Mengetepikan keperluan pek bateri kapasiti tinggi yang boleh memberi kesan kepada berat dan pembungkusan.
  • Bateri litium-ion padat dengan ketumpatan kuasa tinggi dan output dibangunkan secara eksklusif.
  • Tidak memerlukan transmisi tradisional.
  • Mengurangkan kos penyelenggaraan dalam jangka masa panjang.

Tawaran Terbaik Dua Sistem Trenkuasa

  • Menawarkan BEV paling ideal bagi prestasi keseluruhan dan kecekapan bahan api hibrid yang jimat.
  • Hanya memerlukan pengecasan luar yang menyelesaikan masalah utama penggunaan EV seperti tempoh pengecasan yang lama, kekurangan stesen cas, dan pengecas tidak berfungsi baik.
  • Mempunyai inovasi teknologi dari segi enjin dan bateri, bersama sistem kawalan propreatari dan ciri pintar seperti regeneratif tenaga e-Pedal Step.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Nissan e-POWER

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev