• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Maut Langgar Tayar Lori Bergolek di Lebuhraya PLUS Seremban

Penunggang Maut Langgar Tayar Lori Bergolek di Lebuhraya PLUS Seremban

August 28, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlanggar sebuah tayar lori yang tercabut dan bergolek dari arah bertentangan di KM266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara dekat Seremban, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, insiden berlaku jam 7.30 pagi ketika mangsa berusia 47 tahun itu sedang menunggang dari arah Sikamat ke Putrajaya.

Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa terlanggar sebuah tayar lori yang sedang bergolek dari arah bertentangan yang masuk ke laluannya.

Impak perlanggaran  menyebabkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri serta melanggar besi pengadang jalan.

Mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori berumur 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, Auto Terkini, kemalangan, kemalangan maut, kemalangan motosikal, Tayar lori tercabut, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev