• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / AirAsia Buka Dua Laluan Baharu ke China Bermula Suku Keempat 2024

AirAsia Buka Dua Laluan Baharu ke China Bermula Suku Keempat 2024

August 28, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


AIRASIA secara rasmi membuka dua laluan baharu, Pulau Pinang-Shenzhen dan Kota Kinabalu-Shantou untuk memperluaskan lagi rangkaian penerbangan ke China bermula penggal kedua 2024.

Secara keseluruhan, AirAsia bakal mengendalikan 33 laluan ke atau dari China, sekali gus memperkukuh kedudukan syarikat itu sebagai penerbangan tambang rendah asing terbesar di republik komunis tersebut.

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) menawarkan empat penerbangan mingguan dari Pulau Pinang ke Shenzen bermula 28 Oktober 2024, manakala penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou pula mempunyai tiga penerbangan mingguan bermula 16 November 2024.

Berikut jadual penerbangan dua laluan baharu AirAsia:

Pada masa sama AirAsia turut menawarkan tambang promosi bagi penerbangan Pulau Pinang-Shenzen pada harga bermula RM329 sehala, dan RM299 sehala bagi penerbangan Kota Kinabalu-Shantou.

Tempahan tiket boleh layari airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE bermula 8 September 2024. Tambang promosi istimewa pula hanya untuk penerbangan antara 28 Oktober 2024 hingga 29 Mac 2025 (Pulau Pinang-Shenzen) dan 16 November 2024 hingga 29 Mac 2025 (Kota Kinabalu-Shantou).

Semua rakyat Malaysia layak memasuki China tanpa visa bagi tujuan pelancongan hingga 15 hari hingga akhir 2025.

SUMBER: AirAsiaNewsroom

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AirAsia, Auto Terkini, Dua laluan baharu ke China, Laluan Baharu AirAsia ke China, Penerbangan Murah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev