• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Sistem MCAS untuk Penunggang Motosikal? Bagaimanakah Berfungsi?

#TahukahAnda: Apakah Sistem MCAS untuk Penunggang Motosikal? Bagaimanakah Berfungsi?

August 28, 2024 By Syafie Leave a Comment

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM Amaran Pelanggaran Motosikal MIROS (MCAS) kali pertama dibangunkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pada 2021 dan kemudian berkembang melalui pelaksanaan kajian lanjutan dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pada 2022.

Sistem MCAS menggunakan teknologi LiDAR (Light Detection & Ranging) untuk mengesan kenderaan atau halangan di depan sebelum memberikan amaran visual dan audio kepada penunggang bagi mengelak perlanggaran.

Sebanyak 35 unit sistem MCAS dipasang secara ubah suai (retrofit) pada motosikal peserta kajian melibatkan 18 model motosikal pelbagai jenama dan kapasiti enjin daripada 100cc hingga 600cc yang berdaftar antara 2007 dan 2021.

Berikut perincian sistem MCAS berdasarkan data peserta:

  • Berjaya diaktifkan sejauh 125,960km dan 2,850 jam atas jalan.
  • Merekodkan 75 peratus kadar kefungsian secara purata.
  • Membantu mengurangkan 89 peratus jumlah perlanggaran.
  • Membantu mengelakkan 1,013 insiden nyaris langgar (near-crash).

Berikut kesan pemasangan MCAS berdasarkan data dan maklum balas peserta:

Membantu Mengelak Pelanggaran

  • Sistem amaran MCAS memberi amaran awal kepada penunggang terhadap potensi bahaya secara berkesan dan efisien.
  • Membantu penunggang bersedia dan bertindak untuk mengelak perlanggaran.
  • Meningkatkan tumpuan penunggang.

Meningkatkan Kemahiran Menunggang

  • Berkesan sebagai instrumen latihan dan peningkatan kompetensi penunggang.
  • Meningkatkan kewaspadaan dan kemahiran meramal risiko bahaya secara masa nyata (real time).

Mengubah Tingkah Laku Tunggangan Selamat

  • Meningkatkan kapasiti penaksiran risiko dalam kalangan penunggang.
  • Mengurangkan kecenderungan mengambil risiko tertentu seperti menukar lorong secara bahaya dalam halaju tinggi.

Mengurang Beban Kognitif

  • Dapat mengesan ancaman secara manual.
  • Menjadi sistem sokongan keselamatan supaya kekal fokus atas jalan.

SUMBER: FB Malaysian Institute of Road Safety Research

Related

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Institur Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Sistem Amaran Pelanggaran Motosikal MIROS (MCAS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev