• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PM Kanada Umum Cukai 100 Peratus Terhadap Import EV dari China

PM Kanada Umum Cukai 100 Peratus Terhadap Import EV dari China

August 27, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan cukai atau tarif 100 peratus ke atas import kenderaan elektrik (EV) dari China sebagai tanda mengikuti langkah dibuat Amerika Syarikat (AS) bagi menyekat peningkatan kenderaan China ke rantau Amerika Utara.

Tindakan ini dibuat kerana China, yang juga pengeksport EV terbesar dunia dianggap tidak mematuhi peraturan dalam aspek standard alam sekitar dan buruh berbanding negara lain.

Pada masa sama, Trudeau juga mengumumkan cukai 25 peratus terhadap import keluli dan produk aluminium dari China.

Tambah Tredeau lagi, pengeluaran berlebihan EV China ini berlaku berikutan bantuan subsidi besar Kerajaan itu dalam memajukan sektor automotif negara berkenaan.

Ottawa perlu berbuat sedemikian untuk bangkit semula supaya tidak berada di tempat tercorot dalam saingan kompetitif industri automotif dunia.

Demi menyokong peralihan EV di Kanada, Ottawa melabur berbilion dolar bagi mengukuhkan rantaian bekalan bateri elektrik domestik selain membantu industri pembuatan kereta tempatan untuk menggajikan lebih 125,000 pekerja.

Ottawa turut menyekat pelaburan baharu China dalam sektor perlombongan mineral kritikal milik negara itu.

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cukai 100 peratus, Kenderaan Elektrik (EV), Perdana Menteri Kanada

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev