• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Myvi Maut Kena Langgar Persona Ketika Tunggu Bantuan di Lebuhraya PLUS

Pemandu Myvi Maut Kena Langgar Persona Ketika Tunggu Bantuan di Lebuhraya PLUS

August 26, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki maut dilanggar kereta Proton Persona ketika sedang menunggu bantuan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 258.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, pada awal pagi tadi.

Insiden berlaku jam 5.45 pagi melibatkan seorang mangsa berumur 31 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Cyberjaya ke Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, insiden bermula selepas Perodua Myvi dipandu mangsa terbabas dan melanggar pengadang di bahu kiri jalan.

Mangsa kemudian turun dan berhenti di sebelah kiri jalan untuk menunggu bantuan."

"Namun selang beberapa minit, sebuah Proton Persona yang berada di lorong kanan terbabas dan berpusing masuk ke lorong kiri lalu melanggar mangsa dan keretanya."


Sejurus perlanggaran itu, mangsa parah di perut dan kaki serta disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu Persona tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk tindakan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kemalangan Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Perodua Myvi, Proton Persona

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev