• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengguna EV Bertambah, Banyak Stesen Minyak Singapura Sediakan Kios Makanan

Pengguna EV Bertambah, Banyak Stesen Minyak Singapura Sediakan Kios Makanan

August 26, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENINGKATAN penggunaan kenderaan elektrik (EV) dilaporkan menjadi punca penurunan bilangan stesen minyak di Singapura.

Situasi itu memaksa sebilangan pemilik stesen minyak di negara itu  menukarkan perniagaan mereka kepada premis jualan runcit makanan seperti sushi, teh, makanan segera, dan roti bakar dengan hasrat dapat menarik kembali pelanggan datang.

Pada 2003, jumlah stesen minyak di Singapura sebanyak 222 stesen dan kini menurun 17.1 peratus, bersamaan 184 stesen keseluruhan.

Badan Pembangunan Semula Bandar (URA) kini sedang menimbang semula keperluan tanah untuk dijadikan stesen minyak berikutan penggunaan EV yang semakin meningkat.

Menurut pakar, isu penurunan stesen minyak ini juga dikaitkan kewujudan teknologi automotif jimat bahan api seperti pembuatan kereta baharu yang jimat minyak dan kenderaan hibrid.

Data Badan Pengangkutan Darat (LTA) mendedahkan purata perbatuan tahunan kereta pada 2023 cuma 16,300km berbanding 20,200km pada 2003, penurunan sebanyak 19.3 peratus.

Jarak perjalanan lebih pendek memberi kesan signifikan kepada penggunaan bahan api yang sedikit.

SUMBER: NST

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Stesen Minyak Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev