• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche 911 (992) Turbo 50 Years Rai Ulang Tahun Lima Dekad dengan Ciri Klasik!

Porsche 911 (992) Turbo 50 Years Rai Ulang Tahun Lima Dekad dengan Ciri Klasik!

August 23, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


NAMA Turbo untuk Porsche bukan setakat melambangkan kuasa, tetapi juga identiti istimewa dan warisan puluhan tahun.

Walaupun untuk kenderaan elektrik (EV) Taycan, Porsche terus menggunakan nama itu. Sejarah nama dan model ikonik itu bermula menerusi pengenalan  911 Turbo Type 930 pada 1974.

Sempena meraikan ulang tahun ke-50 model tersebut, Porsche menawarkan 911 Turbo 50 Years yang dihadkan pengeluaran 1,947 unit sahaja.

Jumlah itu adalah tribut kepada tahun pengenalan model berkenaan. Porsche 911 Turbo 50 Years diasaskan daripada 911 Turbo S (992) yang diperkenal pada 2019 dan baru menjalani program naik taraf dan diperkenal pada Mei lalu.

Ciri Porsche 911 Turbo 50 Years

Trenkuasa dan Prestasi
  • Dijana enjin boxer 3.7L dengan pengecas turbo kembar turbin variabel Variable Turbine Geometry (VTG).
  • Transmisi dual-klac (PDK) 8-kelajuan.
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) dengan kawalan traksi Porsche Traction Management (PTM), pemvektoran tork Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus) dan kunci diferensial belakang RDL kawalan elektronik (ERDL).
  • Ekzos sport dengan muncung hitam.
  • Output kuasa 650ps (647hp), dan tork 800Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 2.7 saat, dan 0-200kmj sepantas 8.9 saat.
Casis dan Brek
  • Suspensi sport 10mm lebih rendah dengan suspensi aktif Porsche Active Suspension Management (PASM) dan sistem kenaikan pada gandar depan
  • Kaliper brek komposit seramik (PCCB) hitam
Rekabentuk Luaran
  • Grafik badan sisi sempena tribut kepada liveri Porsche 911 RSR Turbo.
  • Warna badan Turbonite khusus Porsche Turbo. Turut diguna pada penutup enjin belakang, penutup tangki minyak, logo Porsche dan warna kontras pada logo Turbo 50.
  • Lampu besar LED matriks, dan sistem lampu Porsche Dynamic Lights System Plus (PDLS+)
  • Warna Anthracite Grey pada bilah sayap dan apron belakang, tapak cermin sisi dan trim ambilan udara.
  • Logo pengecas turbo pada penutup enjin belakang dan tahun 1974 - 2024.
  • Pancaran imej pengecas turbo atas permukaan jalan apabila pintu dibuka.
  • Rim eksklusif 911 Turbo S warna Turbonite.
Rekabentuk Dalaman
  • Balutan corak tartan McKenzie pada tengah kerusi dan panel pintu.
  • Kemasan warna Turbonite pada tali keledar, suis, sulaman, dan trim.
  • Logo Turbo 50 iluminasi.
  • Logo Turbo 50 pada kerusi.
  • Plak aluminium pada papan pemuka.
  • Balutan Race-Tex pada pilar-A, pelapik bumbung, pengadang cahaya matahari.
  • Jam analog Porsche Design Subsecond dengan rekaan istimewa Turbo 50.
Pakej 50 Years of Turbo Heritage Design
Porsche 911 Turbo 50 Years.12
Porsche 911 Turbo 50 Years.14
Porsche 911 Turbo 50 Years.11
  • Dipengaruhi model 911 Turbo era 70-an.
  • Warna badan Aventurine Green Metallic atau warna standard lain dan warna tempahan khas.
  • Pilihan grafik putih kemasan satin dengan nombor pilihan (0-99), logo 50 years of Turbo dan Porsche.
  • Logo Porsche klasik 1964 pada bonet depan, hab rim Sport Classic warna Brilliant Silver dan Satin White.
  • Logo Turbo 50 dan Porsche warna emas pada bahagian belakang.
  • Kemasan dalaman corak klasik.
  • Logo Porsche Exclusive Manufaktur pada kotak simpanan konsol tengah.
  • Jarum meter dan jam Sport Chrono hijau.

Jam Tangan Porsche Design

  • Ada 1,974 utas jam khas untuk pemilik 911 Turbo 50 Years.
  • Jarum hitam dengan Turbonite.
  • Tali jam hitam daripada kulit kenderaan dengan sulaman Turbonite.
  • Nombor siri edisi terhad, sama seperti kereta.
  • Turut tersedia dengan Heritage Design Package.
Porsche 911 Turbo 50 Years.01
Porsche 911 Turbo 50 Years.02
Porsche 911 Turbo 50 Years.03
Porsche 911 Turbo 50 Years.04
Porsche 911 Turbo 50 Years.05
Porsche 911 Turbo 50 Years.06
Porsche 911 Turbo 50 Years.07
Porsche 911 Turbo 50 Years.08
Porsche 911 Turbo 50 Years.09
Porsche 911 Turbo 50 Years.10
Porsche 911 Turbo 50 Years.11
Porsche 911 Turbo 50 Years.12
Porsche 911 Turbo 50 Years.13
Porsche 911 Turbo 50 Years.14
Porsche 911 Turbo 50 Years.15
Porsche 911 Turbo 50 Years.16
Porsche 911 Turbo 50 Years.17
Porsche 911 Turbo 50 Years.19
Porsche 911 Turbo 50 Years.18

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Porsche, Porsche 911, Porsche 911 Turbo, Porsche 911 Turbo 50 Years, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev