• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Maserati Serah MCXtrema kepada Pelanggan Pertama di Monterey Car Week 2024

Maserati Serah MCXtrema kepada Pelanggan Pertama di Monterey Car Week 2024

August 23, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR kereta mewah Itali, Maserati melakar detik bersejarah di Monterey Car Week 2024 dengan menyampaikan supercar terbaharu (kegunaan litar sahaja), Maserati MCXtrema secara eksklusif kepada pelanggan pertama mereka di Litar Laguna Seca, California, Amerika Syarikat, semalam.

Penghantaran istimewa ini juga menandakan kemunculan sulung MCXtrema dengan enjin Nettuno V6 3.0L Turbo Kembar di Amerika Utara dan pertama dunia.

Majlis itu turut diserikan dengan kemunculan khas Ketua Pemandu Ujian Maserati, Andrea Bertolini yang terkenal dengan pencapaian dalam kelas GT menerusi empat gelaran dunia bersama Maserati MC12.

Sebelum sesi penyerahan kunci, Bertolini membawa MCXtrema untuk melengkapkan pusingan sulung di litar ikonik itu dengan membawa pemilik baharu di sebelah bagi menikmati keupayaan sebenar model tersebut.

Penghasilan supercar ini juga adalah salah satu karya agung yang menggabungkan rekabentuk Maserati Centro Stile yang dibina 100 peratus di Itali dengan teknologi termaju.

Kira-kira 200 jam dihabiskan dalam simulator dinamik Maserati dan 1,000 jam analisis digital terperinci dilakukan bagi menghasilkan fungsi aerodinamik dan pengendalian cemerlang.


Maserati turut menjanjikan perkhidmatan istimewa kepada semua pemilik MCXtrema dengan mengwujudkan MCXperience, iaitu kelab khas untuk penglibatan penuh dalam dunia perlumbaan bersama pemandu profesional dan juruteknik di Maserati Corse Services.

Perkhidmatan lain seperti Concierge juga diberikan termasuk kit MCXtrema Racing yang dibuat khas buat pelumba Maserati Centro Stille bersama Sparco.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Maserati, Maserati MCXtrema, MCXperience, Monterey Car Week 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev