• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / McLaren 750S 2025, 4.0L V8 Turbo Berkembar, Sedozen Warna Pilihan Dari MSO!

McLaren 750S 2025, 4.0L V8 Turbo Berkembar, Sedozen Warna Pilihan Dari MSO!

August 23, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

McLaren 750S Coupé dan Spider diperkenal pada 2023 sebagai pengganti 720S dan kini tiba model tahun (MY) 2025 dengan beberapa ciri baharu dan pakej khas dari McLaren Special Operations (MSO).

MSO Contrast Packs memberi peluang kepada pelanggan untuk menjadikan 750S mereka lebih istimewa melalui 12 tema khas.

MSO Contrast Pack 1

  • Warna MSO Bespoke yang bukan dalam senarai warna biasa.
  • Volcano Red, Volcano Orange, Anniversary Orange, Solar Yellow.
  • Napier Green, XP Green, Tokyo Pearl, Viola Viola, Dove Grey.
  • Soho Grey, Tarmac Black, Alaskan Diamond White.
  • Kaliper brek dan jaluran pada perumah cermin sisi dalam warna sama atau berbeza.

MSO Contrast Pack 2

  • Ciri luaran seperti MSO Contrast Pack 1.
  • Dalaman buatan khas seperti balutan Alcantara warna Carbon Black.
  • Riasan dalaman dengan warna berbeza-beza.
  • Logo MSO pada penyandar kepala kerusi.

Untuk pilihan biasa, 750S 2025 tampil dengan logo Stealth iaitu logo McLaren depan dan belakang warna hitam dan logo McLaren Speedmark hitam pada hab rim.

Lagi pilihan seperti Fender Depan Gentian Karbon Warna Badan dan Liang Gentian Karbon Visual Kilat dan tambahan kepada perkakasan sama dengan liang warna badan.

Butang Henti/Mula ditukar kepada jingga Papaya. Warna betik merupakan warna tradisional perlumbaan McLaren sejak tahun 1967.

Enjin kekal dengan 4.0 liter V8 turbo berkembar yang menghasilkan 750 ps dan tork 800Nm dan dihantar ke roda belakang melalui kotak gear tujuh kelajuan klac berkembar.

Pecutan 750s Coupé dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 2.8 saat.

Berat 750s Coupé juga lebih rendah berbanding 720S dengan berat kering 1,277 kilogram (kg) atau penurunan berat sebanyak 30 kg hasil penggunaan komponen lebih ringan seperti kerusi, roda, cermin depan dan panel instrumen.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: McLaren, McLaren 750S, McLaren 750S Volcano Red MSO Contrast Pack, McLaren Special Operations (MSO), MSO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my