• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kad Akses Elektronik Hyundai, Kurangkan Penggunaan Plastik, Papar Maklumat Secara Elektronik

Kad Akses Elektronik Hyundai, Kurangkan Penggunaan Plastik, Papar Maklumat Secara Elektronik

August 22, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

 

Artikel mengenai Hyundai Motor Company kali ini bukan tentang kereta tetapi kad akses kertas elektronik (e-paper) pertama di Korea dan berbeza daripada kad plastik frekuensi radio (RF).

Hyundai juga telah memfailkan paten untuk kad akses yang menggunakan paparan LCD dengan dakwat atau cetakan elektronik berbanding kad plastik RF yang banyak digunakan syarikat dan organisasi dalam dan luar negara.

Hyundai turut merancang untuk mengunakannya di dalam organisasi dalam dan luar negara miliknya secara berperingkat.

Kad akses kertas elektronik dapat digunakan semula melalui paparan elektronik dan maklumat peribadi yang boleh diubah dan ditukar seterusnya mengurangkan pembaziran sumber tidak perlu dan kos.

Sebagai contoh, ibu pejabat Hyundai Motor Company di Seocho-gu, Seoul mengeluarkan lebih 1,000 kad akses plastik setiap tahun.

Satu jumlah yang besar dan kad akses elektronik dijangka dapat mengurangkan penggunaan plastik dengan ketara.

Kesan dari penjimatan dijangka terus meningkat pada masa depan apabila kad akses elektronik digunakan di semua cawangan perniagaan syarikat termasuk kilang, pusat penyelidikan, pusat penyelenggaran di dalam dan luar Korea.

 

Ciri-ciri kad akses elektronik Hyundai Motor Company:

  • Memaparkan maklumat peribadi seperti nama dan gambar pada skrin LCD dan membolehkan pengenalan visual dibuat tanpa proses pengesahan berasingan.
  • Penggera akan dibunyikan apabila pelawat memasuki kawasan yang tidak dibenarkan dan paparan LCD bertukar daripada putih kepada merah. Bilik kawalan boleh menjejaki kedudukan pelawat dalam masa nyata.
  • Butang SOS di belakang kad sekiranya berlaku kecemasan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: hyundai, Hyundai Motor Group, Pas elektronik Hyundai Motor Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev