• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wanita Hilang 36 Jam Ditemui Maut dalam Kereta Polis

Wanita Hilang 36 Jam Ditemui Maut dalam Kereta Polis

August 22, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG wanita berusia 40-an yang dilaporkan hilang selama 36 jam ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di tempat duduk belakang sebuah kereta polis di Seoul, Korea, semalam, lapor The Korea Times.

Penemuan mayat wanita itu secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan ramai kerana kemungkinan berlaku atas kecuaian polis.

Menurut Polis Wilayah Gyeongnam, seorang daripada anggota mereka menjumpai mayat mangsa dalam kereta peronda jenis Hyundai Sonata yang diparkir di Balai Polis Jinyo di Hadong, dalam Wilayah Gyeongsang Selatan, sekitar jam 2 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai rekod kesihatan mental dan dilaporkan hilang sejak 15 Ogos lalu selepas keluar dari rumah.

Bagaimanapun, mangsa yang ditemui mati dalam kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan laporan awal bedah siasat mengklasifikasikan punca kematian sebagai tidak diketahui.

Polis juga akan melakukan siasatan lebih terperinci bagi melihat sekiranya terdapat sebarang kecuaian dalam pengurusan kereta peronda.

SUMBER: Kosmo | TheKoreaTimes

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Balai Polis Jinyo, kereta polis, Seoul, wanita hilang mati dalam kereta polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my