• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Maybach S 680 Edition Nordic Glow, Dihasilkan 50 Unit Sahaja Sempena Aurora

Mercedes-Maybach S 680 Edition Nordic Glow, Dihasilkan 50 Unit Sahaja Sempena Aurora

August 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


CAHAYA Aurora atau aurora borealis memang cantik dan peluang menyaksikan fenomena itu bukan mudah. Anda perlu memburu dan direzekikan Allah.

Cahaya Aurora juga dijadikan ilham untuk Mercedes-Maybach S 680 Edition Nordic Glow yang ditawarkan 50 unit sahaja untuk pelanggan di Amerika Syarikat (AS). Model eksklusif ini adalah hasil sentuhan divisyen tempahan khas Manufaktur Mercedes-Benz.

Apa yang isitimewa tentang model edisi khas ini?

  • Bahagian luaran kereta menampilkan warna dwi-tona buatan khas Northern Lights Violet Metallic dan Moonlight White Metallic. Ini diilhamkan daripada cahaya ungu aurora borealis yang mempesona di persekitaran putih Bulatan Artik.
  • Cat disembur cermat pada badan kereta, dilakukan pasukan barisan pengeluaran khas Manufaktur di kilang Sindelfingen bagi memastikan mutu kemasan tinggi.
  • Lagi ciri khas ialah Maybach Night Series Design Package yang terdiri daripada kemasan Krom Gelap dan beberapa lagi elemen rekaan gelap.
  • Badan kereta panjang dikontras dengan rim jejari Maybach 21 inci.
  • Ruang kabin juga sama hebat menerusi balutan kulit Nappa Manufaktur Rose Grey dan sulaman Amethyst Grey.
  • Karpet kaki bebenang tinggi dengan logo Mercedes-Maybach dan kun alur kulit Nappa kelabu menyerlahkan lagi kehalusan perkakasan kereta ini.
  • Trim Manufaktur Natural Grain Herringbone Pattern Dark Walnut Wood daripada Maybach Night Series Design Package dan tema warna cerah menaikkan keanggunan dalaman kereta.
  • Logo khas Edition Nordic Glow 1 of 50 terpampang pada konsol tengah sebagai tanda eksklusiviti model ini.
  • Juga menyerlah dan istimewa ialah Executive Rear Seat Package Plus yang bukan saja nampak selesa, tetapi disertakan bersama peti sejuk dan pemegang cawan yang ada fungsi penyejuk dan pemanas.
  • Trenkuasa dijana enjin 6.0L V12 turbo kembar yang menghasilkan output kuasa 603hp dan tork 900Nm.

Mercedes-Maybach S 680 Edition Nordic Glow ditawarkan pada harga AS$339,000 (RM1.48 juta) dan bakal tiba di pengedar terpilih beberapa bulan lagi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Mercedes-benz, Mercedes-Maybach, Mercedes-Maybach S 680, Mercedes-Maybach S 680 Edition Nordic Glow, Roda4, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my