• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Sambut Baik Pengumuman PMX, Tambah Waktu Operasi Kaunter di Empat Lokasi

JPJ Sambut Baik Pengumuman PMX, Tambah Waktu Operasi Kaunter di Empat Lokasi

August 19, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah waktu operasi kaunter selama satu jam untuk lima hari seminggu bermula hari ini. Makluman itu cuma melibatkan beberapa lokasi terpilih, bukan secara menyeluruh untuk memudahkan urusan pelanggan.

JPJ menjelaskan pemilihan lima hari iaitu Isnin sehingga Jumaat itu dibuat memandangkan hari tersebut dikategori sebagai ‘hari sesak atau sibuk’ dengan pelanggan.

Tambahan waktu kaunter cuma melibatkan:

  • JPJ Wilayah Persekutuan
  • JPJ Negeri Selangor
  • JPJ Negeri Pulau Pinang
  • JPJ Negeri Johor (termasuk Ahad dan Khamis)

JPJ juga menyatakan kesediaan melakukan perubahan lain seperti:

  • Tambahan waktu operasi kaunter akan dilaksanakan secara berperingkat di negeri lain.
  • Tubuh satu Jawatankuasa Tadbir Urus untuk menumpukan peningkatan kualiti JPJ, terutamana penyampaian kaunter.

Kenyataan disiarkan di Facebook JPJ turut menjelaskan agensi itu menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Malah JPJ turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada PMX adn Kerajaan melakukan penyelarasan gaji untuk kakitangan awam.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli menyatakan:

JPJ ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan di atas berita baik terutamanya dalam melaksanakan pelarasan gaji kepada pegawai kumpulan pelaksana, pegawai kumpulan pengurusan dan profesional serta pegawai kumpulan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam terutamanya warga JPJ."

"JPJ bertekad dan beriltizam untuk meningkatkan mutu dan kualiti penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutamanya penyampaian perkhidmatan kaunter di setiap JPJ negeri dan cawangan seperti yang dihasratkan Perdana Menteri.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aedy Fadly Ramli, autoterkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), waktu kaunter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my