• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Tiguan R-Line 2025 Masuk UK dengan Lima Varian, Termasuk ICE

Volkswagen Tiguan R-Line 2025 Masuk UK dengan Lima Varian, Termasuk ICE

August 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SUDAH menjadi kelaziman bagi peminat automotif tempatan yang ingin tahu dan tertanya bilakah sesebuah model menarik dibawa masuk secara rasmi.

Begitu juga kami apabila melihat Volkswagen Tiguan R-Line 2.0 TSI (generasi ketiga) yang merah menyala. Pengguna di Britain kini dapat menikmati varian terbaharu Tiguan yang mula dijual secara rasmi pada 15 Ogos.

Berikut spesifikasi Volkswagen Tiguan R-Line 2025:

  • Dijana enjin 2.0 TSI berkuasa 262hp dan dipadankan transmisi automatik DSG 7-kelajuan dalam sistem pacuan semua roda 4MOTION.
  • Ini ialah varian teratas, bersama Tiguan R-Line eHybrid berkuasa 269hp dengan enjin 1.5 TSI dan transmisi automatik DSG 6-kelajuan.
  • Berikut varian Volkswagen Tiguan R-Line 2025 di Britain:
    • Hibrid ringan (MHEV) 1.5 eTSI berkuasa 147hp, DSG 7-kelajuan
    • Turbo diesel 2.0 TDI berkuasa 147hp, DSG 7-kelajuan
    • Hibrid plug-in (PHEV) 1.5 TSI eHybrid berkuasa 201hp, DSG 6-kelajuan
    • PHEV 1.5 TSI eHybrid berkuasa 269hp, DSG 6-kelajuan
    • Petrol 2.0 TSI berkuasa 262hp, DSG 7-kelajuan
  • Selain pacuan 4MOTION, Volkswagen Tiguan R-Line 2025 dilengkapi Sistem Kawalan Casis Adaptif (ACCS) dipertingkat sebagai ciri standard.
  • Sistem itu menggunakan absorber dua injap yang sama seperti damper variabel yang digunakan dalam sukan permotoran.
  • Gabungan DCC Pro dan 4MOTION memberikan pemanduan responsif dan dinamik selain cengkaman cemerlang. Kuasa 262hp pula memberikan pecutan bertenaga apabila diperlukan.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.9 saat
  • Kelajuan maksimum 241kmj.
  • Selain hebat memecut, kenderaan utiliti sukan (SUV) ini juga mempunyai pekali seretan rendah 0.28Cd.
  • Kapasiti but 652 liter.

Penawaran Volkswagen Tiguan R-Line 2025 di Britain begitu meriah tanpa mengabaikan enjin pembakaran dalaman (ICE) tunggal dan jika dibawa masuk dapat disalin semula ke pasaran tempatan.

Kami optimis memandangkan Volkswagen konsisten menawarkan model Tiguan sejak dua generasi sebelum ini dengan Tiguan Allspace R-Line 2.0 TSI 4Motion turut tersedia. Lebih manis, Tiguan generasi kedua dipasang di Pekan, Pahang.

Model Tiguan ialah model Volkswagen terlaris dunia dengan jualan lebih 7.5 juta unit. Tiguan juga SUV Volkswagen paling popular setakat ini.

Berapakah harga? Volkswagen Tiguan R-Line 2.0 TSI 2025 ini ditawarkan pada harga £47,540 (RM271,450) termasuk cukai VAT.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Volkswagen, volkswagen tiguan, Volkswagen Tiguan R-Line, Volkswagen Tiguan R-Line 2.0 TSI 265 PS, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my