• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ACO Tech Rai Ulang Tahun ke-5, Dedah Solusi Mobiliti Generasi Baharu untuk Masa Depan

ACO Tech Rai Ulang Tahun ke-5, Dedah Solusi Mobiliti Generasi Baharu untuk Masa Depan

August 14, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT teknologi berpangkalan di Malaysia, ACO Tech hari ini meraikan ulang tahun ke-5 dalam membangunkan sistem mobiliti pintar untuk kenderaan.

Dalam majlis sambutan dinamakan ATLAS Re:Imagine, ACO Tech berkongsi dengan media, dan rakan kongsi mengenai solusi inovasi sistem mobiliti terkini yang dibangunkan berdasarkan maklum balas trend dan permintaan pengguna.

Hadir sama pada majlis yang berlangsung di Sentul Pavilion, Jalan Stratchan, Kuala Lumpur itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton dan Pengerusi ACO Tech, Dr Li Chunrong, Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah dan CEO ACO Tech, Li Pu.

Di majis itu, ACO Tech mempamerkan slaid mengenai sistem ATLAS versi termaju yang memuatkan ciri canggih seperti:

  • Ciri pengecaman suara dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Kantonis.
  • Sistem respons kecemasan e-Call dan storan awan untuk sistem komunikasi kenderaan-ke-kenderaan (V2V) bagi membantu pengguna jika berlaku kemalangan atau gangguan trafik.
  • Buat pengguna EV pula, ACO Tech membangunkan ciri satu sentuhan (one-touch) menerusi aplikasi terbina dalam yang memudahkan pengguna mengesan lokasi stesen cas terdekat, membuat bayaran dan merancang perjalanan.

Sistem baharu dibangunkan ACO Tech itu bakal membantu meningkatkan keselamatan jalan raya, pengurusan trafik dan pengalaman pengguna.

Pada majlis sama, ACO Tech turut memperkenalkan logo baharu yang menandakan visi syarikat itu memasuki fasa inovasi seterusnya, iaitu dalam mobiliti pintar.

Li Pu (foto atas) berkata;

Ulang tahun kelima ini menandakan pencapaian signifikan dalam perjalanan kami dan terus menerajui solusi mobiliti pintar inovatif.

"Kami menggabungkan bakat tempatan dan antarabangsa untuk membangunkan teknologi baharu bagi memenuhi pemintaan pengguna masa kini dan masa depan.

"ATLAS Re:Imagine ialah janji kepada komitmen kami untuk memajukan teknologi dan memberikan nilai cemerlang kepada industri, memanfaatkan pelanggan, rakan kongsi dan negara.

"Logo baharu ini menyampaikan visi, hala tuju dan bergerak ke arah mobiliti masa depan.

"Kami berterima kasih kepada Proton, agensi Kerajaan, rakan kongsi dan pengguna ACO Tech atas sokongan berterusan dan keyakinan sepanjang lima tahun ini yang menjadi instrumen kepada kejayaan kami.”

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: ACO Tech, ATLAS, Auto Terkini, Sistem Operasi ATLAS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my