• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Omoda 5 Terima Penarafan Lima Bintang Asean NCAP

Chery Omoda 5 Terima Penarafan Lima Bintang Asean NCAP

August 13, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Malaysia mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Chery Omoda 5 meraih penarafan lima bintang dalam program penilaian keselamatan Asean NCAP.

Omoda 5 ialah model pertama Chery yang menjalani penilaian Asean NCAP dan memperoleh skor keseluruhan 88.64 poin daripada penilaian empat kriteria utama dengan jumlah keseluruhan 100.00.

Sijil penarafan lima bintang Asean NCAP itu disampaikan Ketua Pengarah MIROS, Prof Madya Dr Siti Zaharah Ishak kepada Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen petang tadi.

Program Asean NCAP 2021-2025 melibatkan penilaian empat protokol utama dengan setiap satu menawarkan pecahan poin seperti berikut:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): 40.00 poin.
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP): 20.00 poin
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SA): 20.00 poin
  • Keselamatan Motosikal (MS): 20.00 poin

Berikut skor diperoleh Chery Omoda 5 untuk setiap kriteria:

  • AOP: 36.77 poin
  • COP: 17.36 poin
  • SA: 19.51 poin
  • MS: 15 poin

Ujian keselamatan dalam penilaian itu melibatkan:

  • Perlanggaran impak depan pada halaju 64kmj dengan membabitkan sebahagian rupa depan kenderaan.
  • Dalam ujian itu, SUV segmen-C itu dimuatkan empat patung, iaitu dua patung saiz dewasa di kerusi depan, dan patung kanak-kanak anggaran usia 3 tahun dan 1.5 tahun di kerusi belakang.
  • Perlanggaran impak sisi membabitkan halaju 50kmj dengan satu patung dewasa duduk di kerusi pemandu dan dua patung kanak-kanak sama.
  • Omoda 5 lulus cemerlang dalam ujian perlindungan pejalan kaki dan penilaian pemantau titik buta.

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata;

Mendapatkan penarafan keselamatan ASEAN NCAP adalah bukti terhadap komitmen berterusan kami dalam keselamatan, inovasi dan terutamanya kepada pelanggan kami.

"Penarafan ini bukan hanya lencana kebanggaan, ia juga janji kami kepada pelanggan bahawa Omoda 5 dibina dengan keselamatan sebagai perkara paling penting."

CHERY OMODA 5 ASEAN NCAP - 4
CHERY OMODA 5 ASEAN NCAP - 2
CHERY OMODA 5 ASEAN NCAP - 1
CHERY OMODA 5 ASEAN NCAP - 3
CHERY OMODA
CHERY OMODA TEST

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ASEAN NCAP, autoterkini, Chery Omoda 5, Leo Chen, Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Ishak, Roda4, SUV kompak, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev