• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / WTCA Dedah GAC GS3 EMZOOM Versi CKD Pertama di Asean! Harga RM126,800

WTCA Dedah GAC GS3 EMZOOM Versi CKD Pertama di Asean! Harga RM126,800

August 12, 2024 By Azhan O Leave a Comment

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBSIDIARI penuh milik Warisan TC Holdings Berhad, dan pengedar eksklusif kenderaan GAC dan AION di Malaysia, WTC Automotif Sdn Bhd (WTCA) melancarkan GAC GS3 EMZOOM pertama versi pemasangan  tempatan (CKD) di Malaysia.

Pelancaran GAC GS3 EMZOOM CKD versi pemanduan sebelah kanan (RHD) itu juga adalah pertama di Asean, yang mana pencapaian itu adalah hasil maklum balas positif dan permintaan luar jangka untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B tersebut.

Berkuat kuasa 10 Ogos ini, WTCA tidak lagi menerima tempahan unit import penuh (CBU). Pelanggan CBU sedia ada yang belum memenuhi tempahan kini diberikan pilihan untuk menukar tempahan mereka kepada unit CKD.

GAC GS3 EMZOOM versi CKD ditawarkan dalam varian Premium-R pada harga RM126,800 dengan lima warna pilihan, iaitu Salt Lake Blue (biru), Asphalt Black (hitam), Superstar Silver (perak), Graphite Grey (kelabu), dan Frost White (putih).

Model CKD dan projek CKD itu sudah dilancarkan sejak 11 Mei 2023 menerusi perkongsian antara WTCA dan GAC Motor dengan pelaburan bernilai RM60 juta untuk menaik taraf fasiliti dan barisan pengeluaran.

Model GS3 EMZOOM pertama yang keluar dari kilang Segambut pada Februari tahun ini sudahpun memasuki fasa mula pengeluaran (SOP) pada April 2024, dan kini memasuki peringkat pengeluaran penuh.

GAC GS3 EMZOOM pertama juga berjaya dilancarkan pada 18 April lalu sebagai unit CBU.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan TC Holdings Berhad, Tan Keng Meng berkata, keberadaan unit CKD untuk GAC GS3 EMZOOM adalah melebihi sasaran tempahan asal untuk unit CBU.

Kami teruja mengumumkan semua unit CBU untuk  GAC GS3 EMZOOM sudah habis ditempah.

"Melihat ke depan, kami menjangka model GAC GS3 EMZOOM CKD juga akan mendapat sambutan balik dengan tempahan dibuka 10m Ogos ini. Percayalah, pasukan kami kini sedang bekerja tanpa lelah untuk memenuhi tempahan anda dan meminimum tempoh menunggu pelanggan"

TAWARAN PENGHARGAAN

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan pelanggan, WTCA mengumumkan tawaran eksklusif kepada pelanggan yang terpaksa menunggu lama tempahan melebihi tiga bulan, dan pelanggan yang perlu menukar tempahan CBU kepada CKD, iaitu perkhidmatan filem penapis cahaya (tinting) bernilai hingga RM2,100.

Tempahan tersebut adalah tambahan kepada promosi sedia ada, itiu servis percuma selama setahun, atau tiga sesi penyelenggaraan, bersama waranti kenderaan lima tahun, atau 150,000km (mana satu tiba dulu).

Selain itu, 2,000 pelanggan pertama yang memiliki GAC GS3 EMZOOM akan menerima hadiah jam tangan pintar dan waranti enjin dan trenkuasa  tujuh tahun atau 180,000km (mana satu tiba dulu).

GAC GS3 EMZOOM ialah model pertama dilancarkan GAC Malaysia tahun ini dengan ciri sofistikated dalam pakej menyeluruh yang menggabungkan rupa sporty, pemanduan mengujakan, keselesaan dan ruang luas bersama ciri keselamatan mendahului kelas.

Inisiatif CKD menandakan langkap penting buat GAC Motor dalam meningkatkan kehadiran jenama itu di pasaran tempatan, dan mengukuhkan kerjasama dengan WTCA. Pengeluaran tempatan adalah contoh konsep 'Ekosistem GAC' bagi melonjakkan persaingan di pasaran Malaysia.

Projek CKD ini mewakili pencapaian besar buat WTCA. Dengan menyediakan model mampu milik, kami yakin mampu menguasai bahagian pasaran yang besar. Kualiti dan kerja pembuatan adalah teras apa yang kami lakukanm dan mengekalkan standard tinggi  ialah keutamaan kami.

"Kami juga komited untuk memberikan produk, jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti tinggi pada harga munasabah.

"WTCA merancang memperkenalkan lebih banyak model dan varian di Malaydia dalam bentuk CKD, dan kami melihat ke depan untuk meluaskan barisan produk," kata Keng Meng.

Pelanggan dijemput mengunjungi bilik pameran GAC seluruh negara untuk merasai sendiri pengalaman memandu GAC GS3 EMZOOM. GAC Malaysia turut memiliki gudang alat ganti yang berlokasi di Semenanjung, dan Malaysia Timur dalam usaha memenuhi permintaan yang cekap dan cepat daripada pelanggan.

Maklumat lanjut mengenai GAC GS3 EMZOOM boleh layari www.gacmotor.com.my atau hubungi 1800-688-673.

gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-1
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-2
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-3
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-4
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-5
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-6
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-7
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-8
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-9
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-10
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-11
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-12
gac-gs3-emzoom-ckd-malaysia-13

Related

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Roda4, SUV segmen-B, SUV subkompak, Warisan TC Holdings Berhad, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev