• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ekin Spotter: Kamera Pintar Boleh Kustom Ikut Keperluan Pengawasan, Penguatkuasaan

Ekin Spotter: Kamera Pintar Boleh Kustom Ikut Keperluan Pengawasan, Penguatkuasaan

August 8, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KAMERA Ekin Spotter disifatkan sebagai satu-satunya perabot bermodul bandar pintar yang didakwa mampu memenuhi keperluan pengurusan trafik termasuk pengawasan, analisis persekitaran dan keselamatan awam.

Dalam pemahaman lebih mudah, kamera canggih itu boleh ‘dibentuk’ dengan menyusun pilihan modul atau komponen yang ditawarkan pengeluarnya.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/08/Modul-Kamera-AES-AWAS-Ekin-Spotter.webm

 

Pilihan modul (komponen) itu disediakan untuk membolehkan pelanggan Ekin atau pihak berkuasa membuat konfigurasi kamera yang mereka perlukan untuk memenuhi keperluan masing-masing.

Laman web Ekin menyenaraikan 12 modul sebagai pilihan untuk dipasang pada tiang Ekin Spotter iaitu:

  • Modul Antena - menyediakan sambungan antara sistem lain melalui sambungan LTE dan WiFi pada masa sama menjadi perumah unit GPS.
  • Modul ATS - mengandungi Sistem Anti-Pengacauan (Anti Tampering System) untuk menghalang akses tanpa kebenaran terhadap produk tersebut.
  • Modul Eco-City - memberi maklumat alam sekitar termasuk indeks kualiti udara sehingga ukuran suhu masa nyata.
  • Modul Illumination IR - memberikan kebolehlihatan terbaik dan keputusan konsisten dalam pelbagai jua persekitaran hasil bantuan modul LED IR (infra merah).
  • Modul Illumination WF - menawarkan kebolehlihatan terbaik  dan keputusan konsisten dalam pelbagai jua persekitaran dengan bantuan modul pancaran LED putih.
  • Modul Hotspot - Rangkaian Wi-Fi di tempat awam
  • Modul Safe Traffic - melaksanakan penguatkuasaan halaju secara automatik dan pengurusan trafik termaju dengan ANPR (Automatik Number Plate Recognition)
  • Modul Speaker - berperanan sebagai sistem PA (hebahan awam) termasuk bermain muzik, pengumuman dan ‘suara’ lampu isyarat untuk pejalan kaki
  • Modul Speed Sensor - melaksanakan penguatkuasaan kelajuan (halaju) secara automatik
  • Modul Surveillance - menjalankan rakaman video berdefinisi tinggi 24 jam 7 hari seminggu.
  • Modul U-Turn - melaksanakan penguatkuasaan kesalahan membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan dan menghasilkan laporan kesalahan secara automatik
  • Modul ATS + U-Turn - menggabungkan fungsi fungsi Modul U-Turn dan Modul ATS sebagai satu modul tunggal tanpa menjejaskan prestasi

SUMBER: Ekin

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AES, autoterkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kamera AES Ekin Spotter, Kamera AWAS (AES), Kamera AWAS Ekin Spotter, kamera penguat kuasa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev