• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Xforce Dapat Skor 5 Bintang Asean NCAP! Sudah Masuk Vietnam, Filipina

Mitsubishi Xforce Dapat Skor 5 Bintang Asean NCAP! Sudah Masuk Vietnam, Filipina

August 5, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DENGAN berbekal dua model, Triton dan Xpander di pasaran tempatan, prestasi jualan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memang boleh dibanggakan.

Contohnya, Mitsubishi Xpander berjaya mengekalkan kedudukan sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional nombor satu di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2024.

Pengeluaran Xpander juga sudah mencapai 40,000 unit, dan di sebalik dua model itu, Mitsubishi ada satu lagi peluru berpotensi.

Model yang dimaksudkan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Xforce yang berada dalam segmen sama seperti Honda HR-V, Toyota Corolla Cross dan Proton X50.

Menarik bukan? SUV begini bukan asing kerana Mitsubishi pernah menawarkan ASX (foto atas) yang tidak sukar ditemui di jalan raya seluruh negara.

Soalannya, bilakan giliran Xforce bakal menerjah pasaran tempatan? Tawaran Xforce ke pasaran Asean pernah dilaporkan Februari tahun ini, tetapi hingga kini tiada pengesahan rasmi untuk pasaran Malaysia.

Mitsubishi Xforce diperkenal di Indonesia pada Ogos 2023 dan pada Februari 2024 mula dieksport ke Vietnam. Terbaharu, model itu sudah tiba di Filipina pada Julai lalu.

Faktor yang membuatkan Xforce berpotensi memasuki pasaran tempatan ialah rekabentuk menonjol SUV itu yang pernah memenangi Anugerah Rekabentuk IF 2024 bersama Triton.

Sambil menunggu pengesahan rasmi, Mitsubishi memaklumkan Xforce berjaya memperolehi skor lima bintang dalam ujian penilaian keselamatan Asean NCAP 2024.

Skor Mitsubishi Xforce Asean NCAP 2024

  • Model ujian: Xforce Xceed
  • Perlindungan penumpang dewasa (AOP): 34.89
  • Perlindungan penumpang kanak-kanak (COP): 17.03
  • Bantuan keselamatan: 14.85
  • Keselamatan penunggang motosikal: 12.39
  • Markah keseluruhan (weighted score): 79.15
  • Skor: 5 bintang

Tentang Mitsubishi Xforce

Mitsubishi Xforce dibina berasaskan platform RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) kekuatan tinggi yang mampu menyerap tenaga dan mengurangkan remukan kabin ketika kemalangan. Berikut beberapa fakta tentang SUV subkompak itu:

  • Mengikut varian, SUV ini dilengkapi enam beg udara dan teknologi bantuan pemanduan termaju (ADAS) seperti sistem Mitigasi Pelanggaran Depan (FCM) dan Amaran Titik Buta (BSW).
  • Lagi ciri diberikan ialah Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
  • Dijana enjin MIVEC1.5L DOHC berkuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork 141Nm @ 4,000rpm.
  • Berbeza SUV lain, Xforce dibekalkan empat mod pandu: Normal, Wet, Gravel dan Mud.
  • Jarak tinggi bumi 222mm.

Menurut Mitsubishi, Xforce direka untuk meredah pelbagai situasi cuaca dan kondisi jalan seperti banjir, dan permukaan jalan kasar dengan selamat dengan pengendalian meyakinkan.

Ciri Mitsubishi Xforce (pasaran Vietnam)

  • Enjin: 1.5L DOHC MIVEC
  • Output: 103hp @ 6,000rpm; Tork 141Nm @ 4,000rpm
  • Pacuan: Pacuan dua roda (2WD)
  • Dimensi: Panjang 4,390mm, lebar 1,810mm, dan tinggi 1,660mm

Ciri Mitsubishi Xforce (pasaran Indonesia)

  • Transmisi automatik CVT
  • Suspensi ditala mengikut jalan raya Asean
  • Rim 18 inci
  • Jarak tinggi bumi 222mm
  • Jarak lega depan (approach angle) 21º
  • Jarak lega belakang (departure angle) 30.5º
  • Radius pusingan minimum: 5.2 meter
  • Berat 1,245kg
  • Ada empat mod pandu: Normal, Wet, Gravel dan Mud
  • Kluster instrumen digital 8 inci
  • Unit infotaiment skrin sentuh 12.3 inci
  • Sistem audio Dynamic Sound Yamaha Premium

Selain Asia Tenggara, Mitsubishi Xforce sudah tersedia di beberapa negara seperti di Amerika Latin dan Afrika yang mana model ini tidak terikat satu nama sahaja. Dibeberapa pasaran, Xforce juga dikenali sebagai Outlander Sport.

Mitsubishi juga merancang menawarkan SUV ini di pasaran Timur Tengah dan Asia Selatan.

Related

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ASEAN NCAP, Asean NCAP 2024, Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Xforce

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev