TESLA dilaporkan membuat panggilan balik membabitkan 1.85 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS) berikutan masalah pengunci pintu bonet.
Masalah itu melibatkan Model 3, Model S, Model X dan Model Y keluaran 2013 hingga 2024 yang mungkin gagal memberi amaran kepada pemandu mengenai bonet belum ditutup rapat.
Pengeluar itu juga sudah memuat naik perisian atas talian (over-the-air, OTA) untuk menyelesaikan masalah tersebut yang mana pemilik tidak perlu berkunjung ke cawangan terdekat untuk membaik pulih masalah berkenaan.
Masalah itu juga hanya melibatkan aspek perisian yang mana mekanisme pengunci buatan China itu dipercayai gagal mengesan bolet dikunci rapat dan tidak memberi amaran kepada pemandu mengenai kegagalan tersebut.
KENDERAAN TERLIBAT
- Sebanyak 1,849,638 unit Tesla terlibat
- Model S (2013-2024)
- Model X (2016-2024)
- Model 3 (2017-2024)
- Model Y (2020-2024)
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply