MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) mengumumkan tawaran varian skuter terbaharu WMOTO ES250i Edisi Khas 2024 dalam dua warna pilihan, hitam dan putih ke pasaran tempatan.
WMOTO ES250i Edisi Khas 2024 ditawarkan pada harga RM14,508, tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan. Berikut perincian skuter suku liter ini:
- Lampu utama projektor kembar dengan lampu siang (DRL) pada bahagian atas. Lampu signal depan pula diposisikan bawah lampu utama, antara panel depan dan sisi.
- Lampu belakang kombi yange menggabungkan lampu brek dan lampu signal belok. Semua lampu jenis LED.
- Sistem kunci rotari dengan alat kawalan jauh yang dilengkapkan fungsi carian lokasi skuter.
- Panel meter kombi analog dan digital. Paparan analog terdiri daripada maklumat spidometer dan takometer, manakala skrin digital LCD dengan latar putih.
- Kapasiti tangki petrol 12 liter.
- Trenkuasa patuh Euro4 jenis 4-lejang 4-injap silinder tunggal 244.3cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 21hp @ 8,500rpm dan tork 21Nm @ 6,500rpm.
- Transmisi automatik CVT dengan tali sawat.
- Sistem suspensi fork teleskopik di depan dan absober kembar boleh laras 5-tetapan KYB.
- Sistem brek cakera tunggal 240mm di depan, dan brek cakera 240mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Rim 13 inci dengan tayar 110/70 (depan), dan 130/70 belakang.
- Dimensi panjang 1,955mm, lebar 740mm dan tinggi 1,155mm, manakala jarak roda 1,385mm.
- Tinggi pelana 770mm, dan jarak tinggi bumi 135mm
- Berat 147kg.
Leave a Reply