• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Scammer' Tiru Suara CEO Guna AI untuk Cuba Tipu Ferrari

'Scammer' Tiru Suara CEO Guna AI untuk Cuba Tipu Ferrari

July 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR supercar  Ferrari hampir menjadi mangsa penipuan seorang individu tidak dikenali yang menyamar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Benedetto Vigna dengan cuba meniru suara beliau menggunakan perisian kecerdasan buatan (AI).

Suspek dilaporkan menggunakan platform Whatsapp dan panggilan telefon sebagai modus operandi penipuan itu.

Menurut Bloomberg, penipu itu menghubungi salah seorang eksekutif (nama dirahsiakan) menggunakan nombor telefon yang bukan milik Vigna. Bagaimanapun, panggilan itu mencurigakan kerana suspek mengelak memberikan alasan mengenai nombor telefon digunakan.

Walaupun penyamaran itu menggunakan suara sama seperti Vigna, tetapi jawapan diberikan tidak konsisten, sekali gus mendorong eksekutif berkenaan cuba mengesahkan identiti sebenar suspek.

Penyamaran terbongkar selepas eksekutif itu meminta suspek menyebutkan judul buku yang pernah dicadangkan Vigna sebelum ini, dan panggilan terus senyap serta terhenti tiba-tiba.

Ferrari menjangka kes penipuan seumpama itu akan semakin bertambah seiring kepesatan teknologi dunia. Sebagai jenama unggul dalam industri automotif global, pihaknya perlu bersedia dengan isu pengintipan korporat supaya tidak dieksploitasi kumpulan penipu atau pesaing jenama lain.

Antara cara lain mengelak isu penipu atau scammer adalah:

  • Elak mengangkat panggilan telefon tidak dikenali.
  • Tidak menekan pautan yang mungkin merupakan pancingan data melalui e-mel.
  • Tidak melayan teks mencurigakan.
  • Berpindah ke kabin di pergunungan.

SUMBER: motor1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, Benedetto Vigna, Ferrari, Kecerdasan Buatan (AI), Scammer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my