• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Cedera Rempuh Belakang Kereta Ketika Iring Kenderaan Rasmi PMX di Ipoh

Polis Cedera Rempuh Belakang Kereta Ketika Iring Kenderaan Rasmi PMX di Ipoh

July 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG anggota polis cedera selepas motosikal polis pengiring ditunggang merempuh belakang kenderaan ketika mengiringi kenderaan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Meru Raya, Ipoh, pagi tadi.

Insiden itu turut disaksikan Perdana Menteri dan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris yang sedang dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Casuarina bagi menghadiri Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024.

Insiden itu juga dikongsikan dalam hantaran Facebook rasmi Polis Perak.

Menurut hantaran itu, anggota polis terlibat ialah Lans Koperal Mohd Faizol Deraman dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ketika insiden berlaku, sebuah kenderaan yang berada di hadapan Lans Koperal Mohd Faizol berhenti secara tiba-tiba di laluan kiri lalu dirempuh beliau yang kebetulan berada di laluan sama."

Sejurus rempuhan itu, Azizi yang turut berada di lokasi kejadian segera memberikan bantuan kecemasan sebelum mendapat rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri.

Atas dasar simpati, Anwar memberikan sumbangan kepada anggota polis itu bagi meringankan beban ditanggung.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ketua Polis Perak, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024, Polis Pengiring Kenderaan Rasmi PM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev