• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GIIAS2024: Wuling Cloud EV 2024 Sedia Cabar BYD Dolphin, Harga RM114.5k

#GIIAS2024: Wuling Cloud EV 2024 Sedia Cabar BYD Dolphin, Harga RM114.5k

July 25, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


WULING mempamerkan kenderaan elektrik (EV) hatchback baharu, Wuling Cloud EV di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024 yang menjadi pesaing terus kepada BYD Dolphin dalam pasaran EV republik itu.

Model EV subkompak ini baru dilancarkan pada Mei 2024 tahun ini dengan menjanjikan pengalaman pemanduan selesa, terutama bersama keluarga untuk jarak perjalanan jauh.

Wuling Cloud EV berharga Rp398.8 juta (RM114,550) sebagai varian tunggal. Berikut spesifikasi model EV ini:

  • Dimensi panjang 4,295mm, lebar 1,850mm, dan tinggi 1,652mm, manakala jarak roda 2,700mm.
  • Suspensi strut MacPherson di depan, dan Torsion Beam (belakang).
  • Rim aloi 18 inci dengan tayar 215/55.
  • Menggunakan brek cakera depan dan belakang.
  • Stereng kuasa elektrik (EPS).
  • Dikuasakan bateri Litium Ferro-Fosfat (LFP) 50.6kWj yang menghasilkan kuasa 100kW (134hp) dan tork 200Nm dalam pacuan roda depan (FWD).
  • Tempoh mengecas 20-100 peratus menggunakan pengecas AC mengambil masa tujuh jam, manakala pengecas DC, 30 minit.
  • Lampu LED depan automatik, cermin sisi elektrik, dan dilengkapi wiper automatik.
  • Material kerusi jenis kulit sintetik dengan gaya Italian Bubble Style.
  • Ada lampu ambien dengan 256 warna pilihan.

  • Unit infotainment skrin sentuh TFT 8.8 inci dengan kluster instrumen TFT 15.6 inci.
  • Perehat lengan dan pemegang cawan di konsol tengah kerusi belakang.
  • Ada empat beg udara.
  • Sensor parkir belakang.
  • Penyaman udara digital.
  • Kamera pandang keliling 360º.
  • Sistem penghidup tekan-mula (push-start) dan entri tanpa kunci (keyless).
  • Pengecas wayarles untuk mengecas telefon pintar.
  • Dilengkapi ciri arahan suara Wuling Indonesian Command (WIND).
  • Akses kereta boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar MyWuling+.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2024, GIIAS 2024, Kenderaan Elektrik (EV), Wuling Cloud EV, Wuling Cloud EV 2024, Wuling Motors

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my