HYUNDAI Mobil Indonesia (Hyundai Indonesia) menampilkan varian IONIQ 5 Batik Edition yang dihasilkan dalam kuantiti terhad di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024.
Difahamkan, kenderaan elektrik (EV) bertemakan motif Batik Kawung itu dihasilkan 60 unit sahaja yang bertujuan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Indonesia-Korea Selatan. Debut pertama dibuat di GIIAS 2023, tahun lalu.
Walapun berstatus edisi terhad, media tempatan pada Mac lalu melaporkan Hyundai IONIQ 5 Batik Edition masih belum habis dijual. Laporan sama menyatakan Batik Edition berasal daripada varian Signature Long Range.
Semakan di laman web Hyundai Indonesia mendapati varian itu ditawarkan pada harga Rp990 juta (RM283,770). Bagaimanapun, belum ada maklumat rasmi mengesahkan semua 60 unit dihasilkan itu sudah dimiliki pelanggan.
MOTIF BATIK KAWUNG
- Corak dan paten motif Batik Kawung Hyundai IONIQ 5 Batik Edition jelas kelihatan pada badan EV itu, termasuk bonet, bumbung, pintu, rim aloi dan but.
- Malah lencana khas Batik by IONIQ ditampal sebelah sisi kanan badan.
- Ruang kabin turut mengetengahkan motif Batik Kawang pada panel pintu dan kerusi.
- Corak Batik Kawung pada kerusi dibuat daripada logam.
- Ada corak motif batik berwarna coklat pada panel pintu dan warna sama dikenakan pada rim aloi.
SEJARAH BATIK KAWUNG
Pakar batik dan kurator Danar Hadi, Asti Suryo Astuti menjelaskan;
Kawung adalah salah satu pola tertua motif batik. Kawung ialah bentuk yang diilhamkan daripada buah kolang kaling (kabung). Setiap pola batik direka dengan melihat pentingnya semua sisi."
Leave a Reply