• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Si 2025 Facelift Diperkenal di AS dengan Enjin Petrol dan Manual Sahaja, Harga RM139k

Honda Civic Si 2025 Facelift Diperkenal di AS dengan Enjin Petrol dan Manual Sahaja, Harga RM139k

July 24, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Civic Si secara tradisi ialah model coupé 2-pintu sejak generasi ketiga (1986), tetapi dihentikan pada generasi ke-11.

Namun, itu bukan bermakna Civic Si diabaikan kerana Honda tetap meneruskan versi 4-pintu yang diperkenal pada Oktober 2021. Model terdahulu menunjukkan beberapa generasi Civic Si dibuat dalam versi 2-pintu dan 4-pintu.

Selepas beberapa tahun di pasaran, kini giliran Civic Si dipertingkat (facelift) diperkenalkan sebagai model 2025. Rupa depan memang berbeza yang seragam dengan Civic facelift yang diperkenal pada Mei lalu.

Berikut perincian Honda Civic Si 2025 facelift:

  • Rim 18 inci corak V juga baharu yang tampil garang dalam warna hitam kusam dengan tayar saiz 235/40R18.
  • Dari segi aerodinamik, Civic Si berbeza dengan spoiler depan tersorok di bahagian depan selain spoiler tiga bahagian yang melentik di belakang untuk daya mendap dan meningkatkan kestabilan pada halaju tinggi.
  • Civic Si buat kali pertama ditawarkan dalam warna Urban Gray Pearl yang juga popular pada model lain seperti Accord dan CR-V.
  • Tidak seperti Civic 2025, Civic Si masih kekal dengan enjin 1.5L VTEC Turbo dan tiada trenkuasa hibrid ditawarkan.
  • Lebih eksklusif, Civic Si hanya disediakan dalam transmisi manual 6-kelajuan.
  • Roda tenaga (flywheel) jisim tunggal (single-mass) ringan memberikan respons pendikit spontan.
  • Output kuasa 200hp dan tork 260Nm disalurkan menerusi diferensial gelincir terhad (LSD) helikal.

  • Sistem padanan rev sedia ada dipertingkat yang kini terdiri daripada anjakan turun gear dua ke bawah. Sistem akan blip terotel apabila mengesan semua penurunan gear dengan masa respons 430ms (milisaat).
  • Berbeza mod Normal, mod Individual membolehkan pemandu menetapkan sendiri respons enjin, tahap bantuan stereng dan warna panel meter.
  • Mod Sport meriah dengan respons terotel, penurunan tahap bantuan stereng, pemadaman sistem henti lahu (idle-stop) dan nyalaan lampu meter merah.

Honda mendakwa Honda Civic Si 2025 adalah paling rigid pernah dibuat dengan bahagian bawah pilar-B baharu dan penyangga alang pintu belakang meningkatkan ketegaran daya kilas dan lenturan.

Damper suspensi juga ditala semula supaya sepadan dengan memanfaatkan badan lebih rigid. Model ini juga menggunakan brek cakera lebih besar berbanding Civic sedan standard.

Lagi ciri Honda Civic Si 2025

  • Skrin pemandu digital penuh saiz 10.2 inci.
  • Paparan tolok galak pengecas turbo dan tolok daya G.
  • Takometer besar, posisi gear dan lampu Anjakan Gear baharu.
  • Kerusi sport dengan fungsi pemanas.
  • Pedal sport.
  • Kemasan sulaman benang merah pada perkakasan dalaman.
  • Bumbung kaca.
  • Sistem audio premium Bose dengan 12 pembesar suara, teknologi Bose Centerpoint 2 dan pemproses isyarat digital SurroundStage.
  • Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMB) dengan Pengesan Pejalan Kaki.
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS).
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW).
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM) dengan Amaran Tukar Lorong (LDW).
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

Jualan Honda Civic Si 2025 bermula awal Ogos ini dan ditawarkan pada harga AS$29,950 (RM139,950), tidak termasuk kos destinasi.

Honda Civic Si Amerika Syarikat (2025)
Honda Civic Si Amerika Syarikat (2025)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic Si, Honda Civic Si 2025, Honda Civic Si 2025 Facelift, Honda USA, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my