• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GIIAS2024: SUV EV Honda e:N1 Bakal Masuk Pasaran Indonesia Bermula 2025

#GIIAS2024: SUV EV Honda e:N1 Bakal Masuk Pasaran Indonesia Bermula 2025

July 23, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA khabarnya merancang memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh Honda e:N1 di Indonesia seawal tahun depan. Malah model itu kini ditayangkan di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024.

Honda e:N1 mula debut di pasaran China sebelum membuat kemunculan di Eropah. Malah aktiviti pemasangan kenderaan elekktrik (EV) itu sudah diumumkan di Thailand penghujung tahun lalu.

Berdasarkan maklumat, model itu dibawa Honda Prospect Motor (HPM) bersama Honda StepWGN untuk dipamerkan di GIIAS 2024. Namun, tiada tempahan awal dibuat. Khabarnya, HPM mahu mengkaji pasaran dan pengguna terlebih dahulu.

Berikut perincian Honda e:N1:

  • Dijana motor elektri tunggal berkuasa 150kW (204hp) dan tork 310Nm dengan sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Menggunakan pek bateri litium-ion 68.8kWh yang dipasang pada lantai kabin.
  • Kelajuan maksimum 160kmj, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 7.7 saat.
  • Ada tiga mod pandu: ECON, Normal dan Sport.
  • Jarak pemanduan lebih 500km mengikut ujian kitaran pemanduan kenderaan baharu (NEDC), atau 412km, ujian kitaran kenderaan ringan sedunia (WLTP).
  • Pengecasan AC Type 2 hingga 11kW dan pengecasan pantas DC CCS2 hingga 78kW.
  • Pengecas AC mengambil masa enam jam untuk kapasiti 0-100 peratus.
  • Pengecas DC memerlukan 45 minit untuk mengecas 10-80 peratus.
  • Rekabentuk e:N1 mirip HR-V baharu. Bezanya e:N1 menggunakan gril tertutup dan port mengecas diposisikan di belakang gril.
  • Sistem lampu jenis LED
  • Tiada lencana H di belakang, digantikan teks 'HONDA'.
  • Rekaan rim aloi baharu.
  • Dimensi panjang 4,387mm, lebar 1,790mm, dan tinggi 1,584mm, manakala jarak roda 2,607mm.
  • Berat kasar 1,756kg.
  • Kluster instrumen digital TFT berwarna 10.25 inci.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 15.1 inci.
  • Ada pengecas wayarles, dan sistem Honda CONNECT.
  • Kapasiti ruang but 344 liter boleh dipertingkat kepada 1,136 liter.
Honda e:N1 - 40
Honda e:N1 - 39
Honda e:N1 - 44
Honda e:N1 - 36
Honda e:N1 - 45
Honda e:N1 - 46
Honda e:N1 - 42
Honda e:N1 - 43
Honda e:N1 - 30
Honda e:N1 - 13
Honda e:N1 - 11
Honda e:N1 - 35
Honda e:N1 - 1
Honda e:N1 - 19
Honda e:N1 - 18
Honda e:N1 - 8
Honda e:N1 - 14
Honda e:N1 - 15
Honda e:N1 - 16
Honda e:N1 - 27
Honda e:N1 - 28
Honda e:N1 - 26
Honda e:N1 - 25
Honda e:N1 - 21
Honda e:N1 - 31
Honda e:N1 - 32
Honda e:N1 - 33

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV Honda, GIIAS 2024, Honda e:N1, Honda Prospect Motor, Kenderaan Elektrik (EV), Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024, Roda4, SUV EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev