• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GIIAS2024: Suzuki Jimny 5-Pintu Tayang di Indonesia, Harga Mula RM134k!

#GIIAS2024: Suzuki Jimny 5-Pintu Tayang di Indonesia, Harga Mula RM134k!

July 22, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) mempamerkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Suzuki Jimny 5-pintu yang baru dilancarkan Februari lalu di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024.

Model SUV ini ditawarkan dalam dua varian:

  • 1.5L AT (automatik) 4-kelajuan
  • 1.5L MT (manual) 5-kelajuan

Dari segi warna pula, terdapat enam pilihan warna iaitu tiga warna tunggal (Granite Grey Metallic, Jungle Green, Pearl Bluish Black) dan tiga warna dwi-tona (Kinetic Yellow, Chiffon Ivory Metallic, Metallic Sizzling Red).

Berikut harga ditawarkan:

  • Jimny 5-pintu (AT): Rp478.6 juta (RM138,150)
  • Jimny 5-pintu (AT) Dwi-tona: Rp481.6 juta (RM139,020)
  • Jimny 5-pintu (MT): Rp465 juta (RM134,225)
  • Jimny 5-pintu (MT) Dwi-tona: Rp468 juta (RM135,090)

Ada tiga pakej naik taraf tema kenderaan yang dilengkapi pelbagai aksesori tambahan seperti Marine Style, Street Style, dan Camping Style.

Berikut spesifikasi Suzuki Jimny 5-pintu (AT) dwi-tona:

  • Dimensi panjang 3,965mm, lebar 1,645mm, dan tinggi 1,720mm, manakala jarak roda 2,590mm.
  • Dijana enjin K15B 4-silinder 1,462cc berkuasa 102ps (99hp) @ 6,000rpm dan 130Nm @ 4,000rpm
  • Ada sistem AllGrip Pro 4WD
  • Gril hitam dengan kemasan krom di depan
  • Rim aloi 15 inci dengan tayar 195/80
  • Lampu depan projektor LED dan lampu kabus
  • Penyaman udara automatik
  • Kerusi jenis fabrik
  • Unit infotainmen 9 inci dengan konektiviti telefon pintar
  • Ada enam beg udara
  • Kapasiti but 211 liter
  • Ada empat sensor parking dan kamera pandang belakang

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, PT Suzuki Indomobil Sales (SIS), Roda4, Suzuki Jimny 5-pintu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my