• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GIIAS2024: Omoda 5 GT AWD Tampil Agresif dengan Enjin Lebih Kuasa, Ada Mod Tambahan!

#GIIAS2024: Omoda 5 GT AWD Tampil Agresif dengan Enjin Lebih Kuasa, Ada Mod Tambahan!

July 20, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Indonesia sedang mempamerkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Chery Omoda 5 GT di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024.

Chery Omoda 5 GT ialah varian ketiga jenama itu yang dijual di pasaran republik itu selain Omoda 5 petrol dan kenderaan elektrik (EV) Omoda E5.

KEUNIKAN OMODA 5 GT DI GIIAS 2024

  • Model dipamerkan di GIIAS 2024 ialah varian GT AWD.
  • Menerima liveri badan jingga, putih dan merah berserta paparan teks Omoda GT di sisi badan.
  • Ada rak di belakang dengan basikal.
  • Rim aloi HSR Forged 20 inci dengan tayar Accelera IOTA ST68 saiz 225/45.
  • Nama Omoda tertera pada bonet, menggantikan teks Chery di belakang SUV.
  • Bahagian konsol tengah menerima kemasan Piano Black (hitam kilat).

PERINCIAN OMODA 5 GT

VARIAN
  • Ada dua varian: pacuan roda depan (FWD) dan semua roda (AWD).
HARGA
  • Harga atas jalan (OTR) di Jakarta bermula serendah:
    • Omoda 5 GT FWD: Rp453.8 juta (RM131,180)
    • Omoda 5 GT AWD: Rp493.8 juta (RM142,740)
WARNA
  • Hadir dalam warna pilihan White Howlite Black (dwi-tona putih-hitam) dengan aksen jingga pada cermin sisi, rim, bampar depan, skirt sisi dan rim.
TRENKUASA
  • Enjin GT jenis 4-silinder sebaris 1.6L turbo, menghasilkan output kuasa 197hp dan tork 290Nm.
  • Varian petrol menggunakan enjin 4-silinder dengan kapasiti lebih rendah, 1.5L turbo berkuasa 145hp dan tork 230Nm.
  • Transmisi GT jenis dual-klac (DCT) 7-kelajuan, manakala Omoda 5 standard menggunakan transmisi automatik CVT 9-kelajuan.
MOD PEMANDUAN

Semua varian Omoda 5 petrol dilengkapi dua mod pandu standard: Eco dan Sport, sama seperti ditawarkan di Malaysia.

Bagaimanapun, siri GT menerima tambahan mod mengikut varian iaitu:

  • GT FWD: Eco, Normal dan Sport
  • GT AWD: Eco, Normal, Sport, Snow, Mud dan Off-Road
SAIZ RIM

Versi GT FWD menggunakan rim aloi sama saiz Chery Omoda di Malaysia, 18 inci dengan tayar 215/55.

Rim varian GT AWD 19 inci dengan profil tayar 235/50.

SISTEM SUSPENSI
  • Kedua-dua GT menggunakan suspensi jenis independen Multi-Link.
  • Varian Omoda 1.5L pula menggunakan suspensi belakang sama seperti di Malaysia, jenis Twist Beam Independent.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Chery Omoda 5 GT, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my