• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan NV200 Vanette 2025 Diperkenal di Jepun dengan Sistem Bantuan Pemandu

Nissan NV200 Vanette 2025 Diperkenal di Jepun dengan Sistem Bantuan Pemandu

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


NISSAN NV200 dikeluarkan sejak 2009 sebagai van perdagangan yang dijual hingga kini. Di Jepun, van ini dikenali sebagai NV200 Vanette dan baru sahaja mendapat naik taraf terbaru.

Model terbaharu dilengkapi Intelligent DA (penggera sisih, Deviation Alarm) yang membunyikan amaran dan memaparkan mesej kepada pemandu hilang tumpuan supaya berhenti rehat.

 

Sistem akan mengenal pasti tingkah laku tersebut berdasarkan gerakan stereng dan berfungsi pada halaju 60kmj dan ke atas.

Turut dilengkapi Bantuan Elak Salah Tekan Pedal (Pedal Misapplication Prevention Assist, PMPA) dengan sistem berfungsi ketika pemandu secara tidak sengaja memijak pedal minyak dan bukan brek ketika meletak kenderaan atau pada halaju rendah.

Lagi ciri baharu, Paparan Bantuan Pemandu Termaju (Advanced Drive Assist Display, ADAD) saiz 7 inci yang memudahkan bacaan pelbagai maklumat kenderaan. Model 2025 turut melibatkan varian lain seperti Multi-Bed, Chair Cab dan Work Use Vehicle.

1. NV200 Vanette Multi-Bed

  • Dilengkapi katil pada ruang belakang
  • Untuk kegunaan harian seperti pengangkutan keluarga.
  • Untuk aktiviti luar seperti sukan, berkhemah dan pelbagai lagi.

2. NV200 Vanette Chair Cab

  • Dilengkapi tanjakan untuk kegunaan penumpang dengan kerusi roda.
  • Untuk pengangkutan pusat kesihatan, kebajikan.
  • Tiga jenis bentangan dalaman.
  • Boleh memuatkan empat sehingga tujuh penumpang.

3. NV200 Vanette Work Use Vehicle Series

(i) NV200 Vanette Muatan Sejuk

  • Ruang kargo ditebat bagi mengurangkan kesan suhu luar. Lantai rendah untuk memudahkan memuat naik dan memunggah barangan.
(ii) NV200 Vanette dengan Pengangkat

  • Pengangkat jenis automatik untuk memudahkan pemunggahan barangan berat hingga 350kg. Boleh dilipat, tutup dan buka dari tepi dan direka untuk tidak menggangu kerja-kerja tanpa menggunakan pengangkat.
(iii) NV200 Vanette VX 2-kerusi
  • Buat pelanggan yang mahu ruang kosong di belakang.
(iv) NV200 Vanette VX Route Van

  • Van barangan dengan warna penuh dan lebih bergaya. Buat pelanggan yang mementingkan penampilan selain kegunaan perdagangan seperti penghantaran makanan, pakaian atau bunga segar.

Semua varian dijana enjin HR16DE 1.6L berkuasa 110hp @ 5,600rpm, dan tork 150Nm @ 4,000rpm. Bergantung varian, NV200 Vanette ditawarkan dalam pilihan dua pacuan, dua roda (2WD) dan empat roda (4WD), atau salah satu daripadanya.

Varian 2WD menggunakan kotak gear automatik 4-kelajuan kawalan elektronik (E-ATx), manakala 4WD dengan Xtronic CVT.

IB_S_BASIC_COPYRIGHT =

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: minivan, Nissan, Nissan NV200, Nissan NV200 Vanette, Nissan Vanette, NV200 Vanette, Roda4, Van

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my