• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Apakah Perbezaan 4WD dan 2WD? Bagaimana pula 4x4, 2x4 dan AWD?

Apakah Perbezaan 4WD dan 2WD? Bagaimana pula 4x4, 2x4 dan AWD?

May 17, 2017 By Han Othman 1 Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASIH ramai yang salah faham dan keliru tentang konsep kenderaan 4x4 (four-by-four) dengan beranggapan semua tayar kereta 4x4 berpusing dalam kelajuan sama secara serentak, sedangkan fakta itu merujuk kepada jentera pacuan semua-roda (AWD). Apa yang sama antara AWD dan 4x4 ialah kedua-dua sistem pacuan itu berada dalam kategori pacuan empat roda (4WD).

Cuma kebiasaannya, apabila menyebut 4WD, jenis kenderaan yang dirujuk ialah 4x4, sebaliknya AWD tidak disebut 4WD (walaupun AWD juga 4WD secara terma). Malah, anda juga jauh terpesong kalau menyebut kereta AWD sebagai 4x4. Pening? Bertenang, sekarang mari kita hadam perlahan-lahan perbezaan antara 4x2, 4x4, 4WD dan AWD. 😀

BACA >>> Siapa Paling Pantas? - AWD vs RWD vs FWD (Ford Focus RS vs BMW M140i vs Honda Civic Type R

APAKAH 4x2?

ford-fiest-fwd
ford-ranger-4x2

Terma 4x2 juga boleh ditulis sebagai 2WD, bermaksud transmisi pacuan dua-roda (two-wheel drive) yang dipecahkan kepada dua lagi pacuan berbeza: pacuan roda depan (FWD) dan pacuan roda belakang (RWD).

FWD (contoh: Ford Fiesta, Proton Persona) ialah sistem yang menghantar kuasa kepada dua roda depan kenderaan. Kelebihan FWD ialah kos pengeluaran dapat dikurangkan, termasuk berat kenderaan, sekali gus memberikan penggunaan bahan api lebih cekap selain traksi yang lebih baik. Ini kerana berat enjin dan transmisi disalurkan terus kepada roda pacuan.

BACA >>> Suzuki Hustler Tough Wild Edition - SUV Keicar untuk Pasaran Jepun Sahaja

RWD (contoh: Ford Ranger, Nissan GT-R) pula menyalurkan kuasa kepada dua roda belakang kenderaan. Berbanding FWD, kelebihan RWD ialah kuasa pecutan tinggi dan agihan berat yang seimbang kerana berat enjin bertumpu pada bahagian depan, manakala transmisi di belakang. Ini secara tidak langsung memberikan kawalan pengendalian dan keseimbangan kenderaan yang lebih baik.

Bagi trak, sistem RWD sangat penting kerana belakang kenderaan jenis itu secara asasnya lebih ringan berbanding depan. Sebuah trak FWD hampir mustahil untuk dipandu kerana roda belakang akan mudah hilang sentuhan dengan permukaan jalan walaupun hanya melalui sedikit bonggol.

Kini, dengan pembangunan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Traksi (TRC) untuk menambah baik kualiti pengendalian kenderaan 4x2, sistem 2WD boleh dianggap paling sempurna dan sesuai bagi kebanyakan pemandu.


APAKAH 4x4?

trak-pikap-4wd-full-time
honda-crv-awd

Terma 4x4 juga boleh ditulis sebagai 4WD, bermaksud transmisi pacuan empat-roda (four-wheel drive). Di bawah 4WD ini juga terdapat subkategori lain, iaitu pacuan semua-roda (AWD) yang memiliki konfigurasi berbeza walaupun berada dalam kategori induk - 4WD - yang bergerak dengan empat roda.

Asasnya, 4WD (contoh: Ford Ranger, Toyota Hilux) ialah sistem yang menghantar kuasa transmisi kepada kotak hantaran (transfer case) dan kemudian akan mengarahkan keempat-empat roda berputar dalam kelajuan sama. Namun, situasi itu menyebabkan beberapa masalah ketika mengambil selekoh kerana roda dalam perlu berputar lebih perlahan berbanding roda luar supaya kereta dapat membelok sempurna.

Jadi, kenderaan moden masa kini memiliki fungsi 4WD dengan punat atau suis yang boleh diaktifkan apabila berdepan kondisi jalan teruk seperti berlumpur, berbatu atau bersalji. Apabila sudah selesai digunakan, fungsi tersebut sepatutnya dimatikan untuk kembali semula kepada pemanduan normal dan mendapatkan tahap penjimatan bahan api seperti sedia kala.

Sementara itu, AWD (contoh: Honda CR-V, Volkswagen Golf R) pula ialah inovasi baharu daripada sistem konvensional 4WD yang boleh diaktifkan dan dimatikan. Bezanya, walaupun AWD juga berfungsi menghantar kuasa kepada keempat-empat roda, tetapi tidak seperti 4WD kerana sistem AWD memberikan lebih banyak kuasa kepada roda secara individu dengan tambahan traksi untuk membantu roda yang menggelincir mendapatkan kuasa.

Di  atas laluan off-road, AWD sebenarnya tidak banyak kelebihan berbanding 4WD. Sebaliknya atas permukaan jalan berturap, jentera AWD dapat dipandu dengan mudah dan bersahaja walaupun laluan itu basah atau berais.

SUMBER: Salsburys.com

Related

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: 2WD, 2x4, 4WD, 4x4, apakah 2x4, apakah 4x4, apakah AWD, autotainment, AWD, perbezaan 4WD dan 2WD

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev