NISSAN Indonesia secara rasmi melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV), model Nissan Serena C28 generasi keenam dengan menggunakan teknologi hibrid baharu, e-Power di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS), pada Rabu.
Nissan Serena e-Power ini datang dengan dua varian yang hanya dibezakan melalui warna sahaja iaitu warna tunggal dan dwi-tona. Berikut harga kedua-dua varian tersebut:
- Nissan Serena e-Power (warna tunggal) - RP635,000,000 (RM183,675)
- Nissan Serena e-Power (dwi-tona) - RP639,000,000 (RM184,977)
Terdapat lapan pilihan warna untuk varian warna tunggal, manakala varian dwi-tona (empat pilihan warna)
MPV baharu ini juga berkonsepkan Big, Easy, dan Fun yang menggambarkan keseluruhan fungsi serta ciri baharu yang terdapat dalam kenderaan tersebut.
Berikut perincian berkenaan model ini:
- Menggunakan enjin petrol tiga silinder 1.4 liter yang berperanan sebagai aspirasi biasa (NA) dan mengecas bateri 1.77 kWj untuk menggerakkan pacuan roda hadapan (FWD).
- Mampu menghasilkan 315Nm dan 163PS.
- Dimensi keseluruhan: 4,765mm panjang, 1,715mm lebar, 1,885mm tinggi, dan 2,870mm jarak roda.
- Mempunyai teknologi ProPilot 1.0 dengan pengendalian stereng, minyak, dan brek secara automatik.
- Ciri keselamatan canggih iaitu 360 Safety Shield.
Bagi pembelian Nissan Serena e-Power bakal menerima ganjaran lain seperti:
- Servis penyelenggaraan percuma empat tahun dan 50,000 km (mana satu tiba dulu)
- Waranti kenderaan lima tahun dan 150,000 km (mana satu tiba dulu)
- Waranti komponen bateri Lithium Ion + e-Power selama tujuh tahun dan 150,000 km (mana satu tiba dulu)
Leave a Reply