• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GIIAS2024: Van Mini Volkswagen ID. Buzz Lancar di Indonesia, Harga RM376k!

#GIIAS2024: Van Mini Volkswagen ID. Buzz Lancar di Indonesia, Harga RM376k!

July 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


WAKIL pengedar rasmi kenderaan Volkswagen di Indonesia, PT GARUDA Mataram Motor (GMM) secara rasmi melancarkan van elektrik baharu, Volkswagen ID. Buzz di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024, semalam (17 Julai).

Van elektrik baharu ini mengambil ilham rekabentuk Volkswagen T1 dengan mengekalkan warna dwi-tona yang pernah dikeluarkan sekitar 1950-an lalu.

Harga atas jalan ditawarkan untuk model ini ialah Rp1.3 bilion (RM376,760). Berikut perincian Volkswagen ID. Buzz:

Trenkuasa

  • Kapasiti bateri 79kWj yang mampu bergerak sejauh 430km dengan kuasa maksimum 210kW dan 560Nm.
  • Menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 7.6 saat.
  • Kelajuan maksimum 160kmj.

Luaran

  • Dimensi:Panjang 4,712mm, lebar 1,985mm, dan tinggi 1,927mm, manakala jarak roda 2,989mm.
  • Lampu LED penuh untuk lampu depan dan belakang.
  • Lampu depan jenis suluhan matriks (Matrix Beam) berserta lampu belok.
  • Bahagian pedal dilengkapi simbol jalan dan jeda.
  • Bahagian bumbung suria (Glass Roof) dilengkapi lapisan tambahan untuk menyerap cahaya semula jadi selain memberikan perlindungan cahaya berlebihan.

Dalaman

  • Ada perehat lengan dengan sistem pemanas pada kerusi depan dan belakang dengan kawalan berbeza.
  • Stereng kulit dilengkapi sistem kawalan sentuhan.
  • Ruang but diterangi lampu LED.
  • Lampu ambien dalam kabin dalam 10 warna pilihan.
  • Unit infotainment skrin sentuh 12.9 inci dengan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto.
  • Sistem bunyi Harman Kardon.
  • Ada pengecas wayarless di kerusi depan, dan tujuh port USB Type-C di depan dan belakang.

Ciri Keselamatan

Volkswagen ID. Buzz dilengkapi ciri keselamatan seperti berikut:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) henti-mula dan pengehad halaju.
  • Kunci digital dengan sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan disertalan ciri safe-lock.
  • Sistem penggera antikecurian, monitor dalaman, hon sokongan, dan perlindungan tunda.
  • Bantuan Parkir Pintar (IPA) dengan sistem kamera belakang.
  • Brek pegun automatik (AHB).
  • Pintu gelangsar automatik kiri dan kanan.
  • Ruang but dengan kawalan sensor elektrik buka-tutup.
  • Ambien tepi dan keliling lampu belakang.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2024, PT. Garuda Mataram Motor (GMM), Volkswagen (VW), Volkswagen ID. Buzz, Volkswagen Indonesia, VW ID. Buzz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my