• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Acara 'A Volvo Made For You' Bakal Gegar Sentul Depot 9-11 Ogos Ini

Acara 'A Volvo Made For You' Bakal Gegar Sentul Depot 9-11 Ogos Ini

August 6, 2024 By Han Othman Leave a Comment

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA adalah refleksi kepada personaliti seseorang yang mampu menyerlahkan imej, gaya hidup dan kreativiti diri.

Tahukah anda, semua itu dapat diserlahkan menerusi model Volvo yang sedia unik, dan kini dapat dikustom bagi meningkatkan bakat dan gaya hidup anda?

Volvo Car Malaysia (VCM) akan menganjurkan acara 'A Volvo Made For You' pada 9 hingga 11 Ogos ini, bertempat di Sentul Depot, Jalan Strachan, Sentul West, Kuala Lumpur dengan mempamerkan model elektrik penuh Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric dalam balutan kustom dan aksesori yang diilhamkan daripada pelbagai persona pemilik.

Namun, bukan itu saja yang anda akan dapat di acara tersebut. Ada dua tawaran menarik menanti, jika anda membeli Volvo C40 atau XC40 Pures Recharge Electric baharu, iaitu:

  • Tawaran tambahan selain tawaran sedia ada Ogos ini sebanyak RM25,000; ATAU
  • Pakej aksesori 'A Volvo Made For You' bernilai RM43,000

Kepada yang membeli Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric ketika acara 'A Volvo Made For You', mereka bakal menerima

  • Bantuan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun
  • Bantuan khidmat digital selama 5 tahun
  • Bantuan tepi jalan 24 jam percuma selama 5 tahun
  • Waranti kenderaan selama 5 tahun
  • Waranti bateri HV selama 8 tahun atau 160,000km (mana satu tiba dahulu)

1. REBAT TUNAI

Dapatkan tawaran tambahan bermula RM25,000, jika membeli salah satu daripada dua model di atas dengan syarat tawaran:

  • Terhad kepada pelanggan yang datang ke acara hujung minggu di Sentul Depot atau pengedar Volvo luar Lembah Klang,  seluruh negara
  • Tarikh: 9 Ogos- 11 Ogos 2024
  • Masa: 10 pagi hingga 6 petang
  • Lokasi: Sentul Depot, Jalan Strachan, Sentul West, 51100 Kuala Lumpur dan semua bilik pameran Volvo di luar Lembah Klang.

2. PAKEJ AKSESORI 'A VOLVO MADE FOR YOU'

Pakej aksesori 'Volvo Made for You’ disediakan untuk menyerlahkan penampilan dan praktikaliti C40 and XC40 Recharge Pure Electric untuk pemanduan urban dan kembara desa.

Anda layak memilih pakej aksesori bernilai RM43,000 jika membeli model elektrik penuh Volvo. Apa yang anda terima ialah:

  • Plat pemijak kaki sisi 
  • Rim dan tayar 20 inci
  • Kit penutup rim slik
  • Plat calar pintu but bercahaya
  • Cermin pandang belakang digital

* Semua aksesori di atas adalah termasuk caj pemasangan.

KERETA PAMERAN

Antara model dipamerkan, empat unit menampilkan balutan vinil kustom untuk mengimaginasi semula personaliti baharu Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric mengikut kepelbagaian cita rasa dan gaya hidup pemiliknya seperti berikut:

All-Black

  • Rekaan ini mengambil ilham pemilik profesional yang penuh yakin, elegan dan moden.
  • Tampil dalam balutan Matte Black (hitam kusam) seluruh badan.
  • Rim dan trim pintu serba hitam.
  • Aksen krom juga dihitamkan pada lencana signatur Volvo, 'Iron Mark' di depan dan logo jenama di belakang.
  • Menyerlahkan gaya rekaan senyap dan agresif menerusi lampu utama 'Tukul Thor' dan lampu belakang signatur yang tampak lebih menonjol ketika malam.

Trendsetter

  • Rekaan ini mengambil ilham personaliti pemilik yang sukakan fesyen dan berani tampil ke depan.
  • Gaya Volvo C40 Recharge Pure Electric diserlahkan dalam warna Yacht Blue (biru) sebagai ciri feminin dan riang daripada pilihan warna standard yang ada.
  • Gaya Volvo XC40 Recharge Pure Electric pula menyerlahkan makna Skandinavian, bermaksud 'kehidupan terbuka', mewakili minat warga Sweden yang gemar mengembara. Ini dapati dirasai pada versatiliti ditawarkan model ini sebagai pengangkutan buat pemilik yang sukakan pemanduan urban dan cabaran luar bandar.
  • Seni 'doodle' memuatkan lukisan moose kecil sebagai haiwan liar Sweden yang memiliki populasi terpadat di dunia.

LIHAT SEMUA MODEL VOLVO BAHARU

Tambahan kepada kenderaan elektrik (EV) penuh Volvo, pengunjung yang hadir ke acara di Sentul Depot juga berpeluang menikmati tawaran untuk pelbagai model hibrid plug-in (PHEV) Volvo di Malaysia seperti Volvo XC90, XC60, S60, S90, dan V60 Recharge.

Malah pelbagai pilihan model terpakai berkualiti turut dipamerkan, yang ditawarkan Volvo SELEKT dengan tawarkan pakej waranti dan pemeriksaan penuh daripada VCM sendiri.

Jangan lupa daftar diri anda ⏩️⏩️ DI SINI ⏪️⏪️

Related

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Roda4, Volvo, Volvo Cars Malaysia (VCM), Volvo SELEKT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev