• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Apakah Itu Motosikal 'Cafe Racer'?

#RetroAuto: Apakah Itu Motosikal 'Cafe Racer'?

May 16, 2017 By Han Othman 4 Comments

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM bahasa mudah, café racer (pelumba kafe?) ialah motosikal yang dibikin untuk berlumba dari sebuah kafe ke satu tempat sudah ditetapkan. Kafe (disebut caff) paling popular ialah Ace Cafe di London yang mana penunggang motosikal akan mula berlumba dari kafe tersebut selepas memilih rekod tertentu pada kotak duke. Penunggang kemudian akan kembali semula ke kafe itu sebelum rekod dihabiskan yang memerlukan mereka mencapai 'the ton' atau 160kmj atau 100 batu per jam (mph).

Di England ketika era 1960-an, tidak banyak motosikal mampu milik yang mampu mencapai 'the ton'. Jadi, bagi golongan pekerja atau pemilik motosikal, satu-satunya pilihan yang ada untuk mendapatkan prestasi seumpama itu ialah dengan menala (tuning) motosikal sendiri menggunakan pelbagai opsyen perlumbaan.

ace-cafe-london-1
ace-cafe-london-2

Alat ganti talaan yang siap ada di pasaran membuatkan kerja-kerja modifikasi lebih mudah. Penunggang hanya perlu menambah lebih banyak alat ganti dan komponen mengikut bajet dibenarkan. Sepanjang proses menambah komponen demi komponen, sedikit demi sedikit rupa standard sebuah café racer mula terbentuk.

SPESIFIKASI ASAS

Spesifikasi tipikal bagi café racer generasi awal ialah:

  • Paip swept-back (rentang belakang).
  • Hendal clip-on atau bar 'Ace'.
  • Mufler kon terbalik Mega (pendek bagi mufler megafon  - sangat panjang bagi misnomer). Motosikal selepas itu menggunakan Dunstall yang mana silenser dihasilkan legenda tuning, Paul Dunstall.
  • Tayar Dunlop TT100.
  • Karburetor besar.
  • Set belakang.

Bagi ramai penunggang, memiliki motosikal berwajah café racer sebenarnya sudahpun cukup. Namun, apabila pasaran alat ganti tuning mula tumbuh bak cendawan selepas hujan pada pertengahan 1960-an, senarai alat ganti siap ada dan diingini turut meningkat sama.

Selain alat ganti talaan enjin, banyak syarikat mula menghasilkan pengganti pelana dan tangki minyak yang kemudian menjadi trend baharu dalam perlumbaan motosikal: pelana dengan bonggol dan tangki minyak gentian kaca dengan lekuk untuk ruang hendal clip-on dan lutut penunggang. Malah, versi aluminium yang lebih mahal turut dijual di pasaran.


Bagi menambahkan lagi gaya dan rupa motosikal lumba, pemilik café racer memasang pula bar hendal kecil (seperti pada pelumba Manx Norton - lihat gambar). Fairing penuh mula ditinggalkan apabila penunggang menggunakan penutup enjin aluminium digilap dan paip krom swept-back yang merentang belakang.

Walaupun ramai penunggang memuatkan absorber belakang berbeza untuk menaik taraf sistem pengendalian motosikal mereka, tetapi detik paling diingati dalam pembangunan café racer ialah pengenalan enjin Triumph Bonneville yang dipasang pada casis featherbed Norton. Kemudian dikenali umum sebagai Triton yang mana jentera hibrid itu menjadi standard baharu sebuah café racer dengan menggabungkan enjin dan casis British terbaik.

SUMBER: ThoughtCo

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Ace Cafe London, apakah itu cafe racer, Cafe racer, motosikal cafe racer, RetroAuto, roda2, sejarah, Sejarah Café Racer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev