• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KPDN Kelantan Sita Kancil Seludup 476kg Minyak Masak Paket Bersubsidi

KPDN Kelantan Sita Kancil Seludup 476kg Minyak Masak Paket Bersubsidi

July 15, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ANGGOTA penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Kelantan menyita sebuah Perodua Kancil kerana disyaki digunakan untuk aktiviti seludup minyak masak peket bersubsidi.

Perodua Kancil berpendaftaran tempatan itu ditemui parkir di tepi jalan Pohon Pulai, Bunohan di Tumpat, Kelantan kira-kira jam 7.40 pagi pada 11 Julai lalu.

Bagaimanapun, saspek disyaki terlibat dalam aktiviti terkutuk itu melarikan diri ke semak berhampiran dan menghilangkan diri.

Maklumat risikan KPDN mendedahkan ada sebuah kenderaan tempatan disyaki membawa sejumlah kotak mengandungi minyak masak peket bersubsidi untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.

Sebanyak 476kg minyak masak bernilai RM1,190 dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan RM6,190 termasuk kenderaan. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pemeriksaan dibuat membawa kepada penemuan sejumlah kotak berisi minyak masak peket bersubsidi di tempat duduk penumpang dan bahagian belakang kenderaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Kawalan Bekalan 1961, autoterkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Perodua Kancil, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev