• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Limosin, Presiden Perancis Baharu Naik Crossover Sebagai Kereta Rasmi

Bukan Limosin, Presiden Perancis Baharu Naik Crossover Sebagai Kereta Rasmi

May 15, 2017 By Han Othman 2 Comments

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SECARA tradisi, Presiden Amerika Syarikat akan menaiki Cadillac atau Lincoln Limousine sebagai kenderaan rasmi, manakala pemimpin utama negara lain juga tidak ketinggalan. Kebiasaannya kereta mewah buatan British atau Jerman menjadi pilihan.

Namun, bagi negara pengeluar automobil seperti Perancis, yang terkenal dengan semangat kenegaraan kental, semestinya republik itu menggunakan kereta jenama tempatan. Apakah jenama biasa popular dan marhaen seperti Renault, Peugeot atau Citroen? Ataupun jenama supercar seperti Bugatti yang terang-terang bukanlah sebuah kereta yang praktikal.

Inilah jawapannya,

Sempena upacara angkat sumpah Presiden baharu Perancis, Emmanuel Macron, gergasi automotif republik itu, PSA menghasilkan model DS7 Crossback yang dibikin khas berasaskan varian premium kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dengan diberikan beberapa penaiktarafan. Ya, kereta Presiden Perancis bukanlah sebuah limosin, tetapi SUV daripada jenis crossover!

ds7-presiden-perancis-3
ds7-presiden-perancis-6
ds7-presiden-perancis-2

DS7 dicat warna biru khas dengan kemasan dalaman kulit hitam berserta tanda kebesaran rasmi dan bendera, termasuk perincian emas pada roda dan dalaman kabin. Ciri paling unik DS7 ialah rekaan bumbung kereta konvertibel atau bumbung terbuka yang mampu menukarkan fungsi crossover itu menjadi kereta perarakan.

Jadi, tiada masalah untuk Presiden Macron melambai tangan kepada rakyat Perancis dan penyokongnya ketika dibawa berarak sepanjang laluan Champs-Elysées walaupun hujan.

Menurut akhbar Perancis, Le Monde, Presiden Perancis pertama menggunakan model Citroen sebagai kereta Presiden ialah Charles De Gaulle pada 1959, iaitu Citroen Traction. Sementara itu, DS pula ialah kenderaan jenama mewah di bawah PSA selaku syarikat induk dan merupakan sub jenama baharu daripada Citroen.

ds7-presiden-perancis-5
ds7-presiden-perancis-4
ds7-presiden-perancis-1
https://vid.alarabiya.net/images/2017/05/14/dcca275e-31f2-4c61-8a95-3c0bf909ff10/dcca275e-31f2-4c61-8a95-3c0bf909ff10.jpg
-https://vid.alarabiya.net/images/2017/05/14/5e8e1681-1885-490d-84aa-34ef979b9478/5e8e1681-1885-490d-84aa-34ef979b9478.jpg

SUMBER: Car Scoops FOTO: Al Arabiya

Related

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Crossover, DS 7, Emmanuel Macron, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), kereta Presiden Perancis, Presiden Perancis, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev