• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota UK Keluar Aksesori C-HR Kerana Dirimu Begitu Berharga

Toyota UK Keluar Aksesori C-HR Kerana Dirimu Begitu Berharga

May 14, 2017 By Han Othman Leave a Comment

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL baharu, Toyota C-HR kini menawarkan pelbagai opsyen aksesori menarik untuk dipilih bakal pembeli kenderaan utiliti sukan (SUV) itu bagi memberikan personaliti berbeza mengikut cita rasa tersendiri.

Menurut Toyota, C-HR ialah antara model yang paling banyak ditawarkan aksesori, sama ada dalaman dan luaran daripada aksen luaran pelbagai warna luar sehinggalah rak ski dan sistem infotainment iPad bersepadu. Terdapat 20 pek aksesori boleh dipilih bakal pembeli C-HR, manakala pemilik sedia ada boleh memilih lebih 200 item individu.

Apapun, semua aksesori itu khas buat pembeli di Britain sahaja. Namun, tidak mustahil pendekatan sama turut dilakukan UMW Toyota Malaysia apabila melancarkan C-HR nanti. Sama-samalah kita nantikan.

BACA>>> Toyota C-HR Sah Masuk Malaysia

PILIH, BIKIN DAN VISUAL SENDIRI

Menggunakan konfigurator kereta, pembeli boleh membina sendiri kereta C-HR mereka dengan memilih opsyen-opsyen diingini. Kemudian, setiap pilihan akan dipaparkan supaya dapat melihat sendiri visual kereta mereka itu secara nyata.

Barisan aksesori baharu itu dibahagikan kepada 4 segmen:

  • GAYA - aksen warna berbeza dan trim badan, rim aloi 17 dan 18-inci, pelindung depan sisi dan belakang, pemijak sisi atau bar.
  • PERLINDUNGAN - sensor parkir, pelapik but, tikar getah, madgad, dan pelindung bampar.
  • TEKNOLOGI - sistem DVD atau iPad di kerusi belakang, naik taraf sistem multimedia Toyota Touch 2 untuk fungsi navigasi.
  • GAYA HIDUP - sistem cangkuk tunda, rak dan kotak bumbung, pembawa buatan tukang jahit (tailor-made) untuk basikal, ski dan papan luncur.

GALERI

toyota-chr-aksesori-1
toyota-chr-aksesori-2
toyota-chr-aksesori-3
toyota-chr-aksesori-4
toyota-chr-aksesori-5
toyota-chr-aksesori-6
toyota-chr-aksesori-7
toyota-chr-aksesori-8

SUMBER: Car Scoops

Related

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: aksesori, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Toyota, Toyota C-HR, Toyota UK, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev